Boikot Semua Jenis Produk AMERIKA SALIBLIS PEMBUNUH

January 11, 2009

AL FATIHAH buat semua para syuhada di Gaza.

Boikot produk hiburan AS
MINGGUAN MALAYSIA, 11 JANUARI 2009

Sudah tiba masanya untuk kita bersatu. Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin memang tidak boleh diterima. Israel yang dahagakan darah Palestin membedil Genting Gaza tanpa rasa bersalah.

Ketika ini, sudah banyak persatuan pengguna memboikot barangan yang ada kaitan dengan Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat (AS). Begitu juga dengan industri seni tanah air. Mereka juga sepatutnya melakukan perkara yang sama.

Bagaimana kalau boikot itu diluaskan kepada program- program hiburan dari AS yang disiarkan di televisyen dan juga filem-filem Hollywood di pawagam? Ketika kebergantungan stesen televisyen tempatan kepada program luar khususnya AS sangat ketara. Begitu juga pengusaha pawagam tempatan yang mengautkan keuntungan daripada tayangan filem Hollywood.

Menumpang semangat anti AS yang menjadi dalang serangan ke atas Palestin, stesen televisyen tempatan mesti mengurangkan program-program dari AS, sekiranya mustahil untuk memulaukan terus program tersebut.

Setiap hari stesen televisyen menayangkan program-program dari luar terutama dari Hollywood. Sedar atau tidak, program ini sebahagian besarnya menyogokkan kita dengan propaganda terancang AS khususnya mengenai politik antarabangsa.

Setiap hari kita ditamukan dengan pelbagai rancangan televisyen terutamanya hiburan yang sedikit sebanyak telah membawa kita hanyut dari landasan yang hakiki. Tapi, masih ramai yang lena terus hanyut tanpa disedari.

Langkah memboikot produk AS terutamanya dalam bidang industri hiburan dilihat sebagai suatu yang ada kewajarannya.

Ini sedikit sebanyak akan mengurangkan kemasukan produk Barat seterusnya membuka ruang lebih luas kepada produk tempatan untuk terus bertapak di negara ini.

Bak kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Tidak ada gunanya untuk kita terus memberi ruang kepada produk-produk AS, jika karya tempatan tidak mendapat tempat di negara sendiri.

Bagi Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah, sudah tiba masa untuk kita memboikot segala muzik, drama, filem dan apa jua bentuk produk dari Barat khususnya AS.

“Tindakan yang dilakukan sebelum ini tidak holistik. Sudah tiba masanya untuk negara-negara Islam khususnya bersatu padu demi penduduk Palestin sekaligus memberikan ruang kepada karya anak tempatan,” tegas Dr. Abu Hassan.

Menurutnya, sebanyak satu pertiga pendapatan ekonomi AS datangnya daripada hiburan. Sebanyak dua pertiga pula daripada pendapatan hiburan tersebut diberikan kepada Israel.

“Jadi, jika kita masih menyokong industri hiburan Barat samalah seperti kita menyokong Israel,” kata Dr Abu Hassan.

Sebenarnya masih banyak lagi karya- karya tempatan yang bermutu yang sepatutnya ditayangkan. Tetapi, oleh kerana peluang tersebut kurang, ia langsung tidak mendapat tempat.

Dr. Abu Hassan menegaskan, sudah tiba masanya untuk kita menoleh ke negara-negara Islam seperti Iran, Jordan dan Lebanon yang mempunyai produk filem dan drama yang bermutu.

“Kalau ini dapat dilaksanakan dalam masa tiga bulan, sudah pasti ekonomi AS akan terjejas dan tindakan ini perlu dilakukan oleh seluruh negara Islam,” katanya.

Datuk Yusof Haslam pula berpendapat semua stesen televisyen dan orang ramai perlu bersatu dalam menangani isu ini. Beliau juga melahirkan kekecewaan terhadap apa yang berlaku dan berharap seluruh rakyat dapat melakukan sesuatu.

Jelasnya, kesemua program yang datang dari negara AS ini seharusnya diboikot atau setidak-tidaknya dikurangkan tayangannya. Ini bukan sahaja sebagai tanda protes terhadap kekejaman Israel, tetapi juga memberikan ruang yang cukup kepada karya tempatan.

“Kebanyakan filem-filem yang ditayangkan dari AS sememangnya mempunyai propaganda untuk melemahkan umat Islam. Ada sesetengah filem atau drama yang menggambarkan orang Islam adalah pengganas.

“Oleh itu, kita sebenarnya tidak perlu berkiblatkan negara Barat dan mengagung-agungkan karya mereka. Beri ruang yang cukup kepada karya rakyat sendiri dahulu,” tegas Yussof.

Menurutnya, kita perlu melihatnya dari perspektif yang lebih baik. Masih banyak lagi karya-karya negara-negara Asia yang lebih baik dan patut diberi perhatian yang lebih berbanding dengan karya AS.

“Siapa lagi yang hendak menyokong industri seni tempatan kalau tidak kita?” tanya Yusof.

Bagi Presiden, Persatuan Penerbitan Televisyen Malaysia (PPTVM), Jurey Latif, sudah tiba masanya pihaknya mengambil langkah yang serupa untuk memboikot produk-produk keluaran negara Barat terutamanya yang berkaitan dengan program televisyen.

“Di samping kita mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin, pihak PPTVM juga akan menghantar surat kepada semua stesen televisyen dan mahu ia dilaksanakan secepat mungkin.

“Lagipun kebanyakan program-program yang disajikan dari AS kadangkala mempunyai unsur propaganda yang keterlaluan lantas meracuni mentaliti kita,” tegas Jurey.

Beliau juga akan menyuarakan kebimbangan ini dan mahu ia diambil serius dan merasakan masih banyak lagi program- program televisyen tempatan yang boleh diketengahkan dan diberi perhatian oleh stesen televisyen.

Sehubungan itu, semua pihak diminta bersatu padu memboikot segala produk Barat khususnya yang berkaitan dengan industri hiburan buat masa ini. Setidak-tidaknya langkah ini perlu dilaksanakan selagi Israel masih bertapak di bumi Palestin.

Blogged with the Flock Browser

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: