Berita HUP! – AZNIL NAWAWI

August 10, 2008

Visi Aznil

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my

Cita-cita murni itu dikongsi ketika menjayakan program Hup! Capailah Kerlip Bintangmu di Sekolah Kebangsaan Batu Empat (1), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia sekali gus menjawab saranan Pensyarah Kanan, Jabatan Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, supaya diwujudkan senator kedua bagi merancang penerokaan cara mengurus industri secara lebih konstruktif dan optimistik, termasuk kewibawaan untuk menggerakkan satu pemikiran kondusif dan intelektual.

Nama Aznil antara yang disebut sebagai calon sesuai. Mengulas cadangan itu, pengacara kesayangan ramai ini mengakui meskipun terkejut, dia mengalu-alukan pembaharuan yang cuba diketengahkan ini.

“Bila Tan Sri Jins Shamsudin dilantik sebagai Senator, itu satu petanda positif buat industri. Ruang yang diberi kerajaan menjadi saluran terbaik untuk menyuarakan hasrat masyarakat seni di Dewan Negara.

“Bagaimanapun, menyambut baik cadangan ini bukan bermakna saya mempertikai kredibiliti Tan Sri. Tiada siapa boleh mempertikai kewibawaan Tan Sri kerana jasanya dalam industri sangat besar, malah saya sangat mengagumi jiwa patriotiknya.

“Secara peribadi saya melihat tiada salahnya andai diwujudkan Senator kedua atau mungkin ketiga, keempat dan kelima daripada kalangan penggiat seni jika ia boleh diterima pakai.

“Sebelah kaki sudah ada di Parlimen, jika dilengkapkan sepasang dan dimasukkan tangan, pasti impaknya lebih baik. Lagipun selaras dengan perkembangan semasa, industri perlukan banyak suara yang lebih dinamik dan pragmatik.

“Saya tidak mengatakan diri saya adalah calon itu tapi jika dibukakan jalan, saya tidak menolak. Seronok jika dapat bekerjasama dengan Tan Sri. Lagipun ini memang satu daripada visi saya,” katanya.

Mengulas lanjut pandangan skeptikal segelintir masyarakat elit terhadap kemampuan golongan seni membincangkan isu lebih berat, Aznil menegaskan, sesiapa saja ada hak bersuara dalam Dewan Negara.

Ia tidak terhad kepada perihal hiburan semata-mata, sebaliknya apabila dilantik menjadi suara kepada komuniti yang diwakili, seseorang itu mesti boleh membicarakan soal ekonomi, sosio budaya, pendidikan, pertanian dan apa saja disiplin.

“Selama ini ramai memandang bidang seni sebelah mata dan skopnya sangat kecil. Malah penggiat seni dicop cetek akal dan hanya tahu berhibur kosong.

“Bagi saya, pandangan itu sama sekali tidak adil. Kita ada ramai penggiat seni berpendidikan tinggi, berpengalaman dan tahu hal ehwal negara.

“Lagipun untuk menjadi jaguh pada bangsanya, saya percaya tidak semestinya perlu bermula sebagai ahli politik. Dengan wujudnya ruang sebegini dalam Dewan Negara, kita boleh memperjuangkan bidang yang diwakili,” kata bekas lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya itu.

Mahu melihat anak bangsa berjaya, Aznil memperuntukkan masanya mendekati dan memberi ceramah motivasi di sekolah dan institusi pengajian tinggi seluruh negara.

Maklum balas yang diterima sungguh membanggakan, bahkan dia terkejut mendengar jeritan ‘histeria’ anak cilik setiap kali bertemunya.

“Jeritan itu bukan kosong tetapi penuh bermakna. Jujur, dalam usia 40-an, saya terpanggil menyuntik semangat dan membuka minda anak bangsa.

“Seperti dalam program ini, saya lihat semua pelajar yang hadir ada cita-cita. Namun kita mahukan impian itu ada kelas. Kalau mahu jadi doktor, jadilah doktor terbaik, begitu juga dengan bomba dan profesion lain. Biar kita lahirkan generasi berkualiti, cemerlang dan berbudi bahasa.

“Insya-Allah selagi ada permintaan, saya akan terus memikul tanggungjawab sosial ini. Maaf kalau ada kanak-kanak lebih mendengar kata-kata saya daripada ibu bapa mereka. Sekurang-kurangnya saya membantu mereka,” katanya yang dididik bercakap dengan jelas, berkeyakinan tinggi dan mementingkan kebersihan sejak kecil.

Blogged with the Flock Browser

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: