Bagaimana Kementerian Pengajian Tinggi Mensabotaj Industri Buku Ilmu

July 22, 2008

Cuplikan dari: UNIVERSITI TERBUKA PTS

Bagaimana Kementerian Pengajian Tinggi Mensabotaj Industri Buku Ilmu

Orang ramai tidak tahu bahawa rupa-rupanya semasa Dato’ Mustafa Mohamad menjadi menteri pengajian tinggi, beliau telah mengeluarkan surat arahan yang mengatakan bahawa apabila pensyarah universiti menulis dan menerbitkan buku, buku itu tidak layak diberi markah bagi kenaikan pangkat.

Jika pensyarah menulis dan menerbitkan artikel dalam jurnal yang ber-referi atau berwasit, maka artikel itu layak diberi markah.

Begitulah yang dilaporkan oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya kepada Sifu semasa kami berbincang-bincang pada Pesta Buku 2008 yang lalu.

Kita telah bertanya kepada Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, apakah benar surat arahan itu ada? Beliau mengatakan ya, arahan seperti itu ada.

Kita di PTS menentang kebijaksanaan di sebalik arahan seperti itu. Apabila tenaga akademik di universiti tidak digalakkan menulis buku, hal ini menjejaskan bekalan manuskrip buku ilmu kepada penerbit seperti PTS.

Siapakah orang bijak pandai yang memberi nasihat kepada bekas menteri pendidikan tinggi itu supaya mengeluarkan surat arahan tersebut?

Besar kemungkinan orang yang memberi nasihat begitu kepada menteri adalah profesor yang naik pangkat walaupun beliau tidak menulis sebarang buku akademik, sekadar menulis dalam jurnal sahaja. Artikel yang terbit dalam jurnal belum tentu tinggi kualitinya, ada yang tinggi, ada yang rendah.

Memang karya dalam jurnal berwasit itu penting, tetapi menulis buku ilmu adalah sama pentingnya. Pensyarah yang pandai menulis artikel untuk jurnal belum tentu pandai menulis buku, kerana struktur buku tidak serupa dengan struktur artikel.

Ilmu pengetahuan dan ilmu-ilmu bantu yang diperlukan bagi menghasilkan buku yang berkualiti adalah jauh lebih luas daripada pengetahuan yang diperlukan bagi menulis artikel dalam jurnal.

Masa yang diperlukan bagi menghasilkan buku juga lebih lama daripada masa yang diperlukan bagi menulis artikel.

Kita mendesak Dato’ Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang ada sekarang, supaya membatalkan surat arahan itu.

Blogged with the Flock Browser

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: