Orang Baru Lebih Relevan

July 15, 2008

‘Orang baru lebih relevan’

Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

Menerusi artikel disiarkan sisipan Metro Ahad, Selebriti, minggu lalu, Dr Abu Hassan tidak banyak menyentuh mengenai isu dibangkitkan mengenai Senator Tan Sri Sham sudin yang dikatakan tidak menampakkan kesungguhan dalam memperjuangkan nasib karyawan seni tempatan.

Sebaliknya dia menegaskan untuk memastikan penstruk turan pembangunan terhadap misi atau visi industri seni tercapai sudah tiba masanya ‘orang baru’ diberikan ruang dan peluang.

Menerusi pemerhatiannya, Dr Abu Hassan turut men cadangkan generasi baru berpengalaman untuk menjadi senator dalam bidang kesenian iaitu Aznil Nawawi, Rosyam Nor dan pengarah filem, Bade Azmi.

Aznil ketika dihubungi sebelum berangkat ke Makkah bagi mendapatkan maklum balas mengenai kenyataan diberikan Dr Abu Hassan menerima baik cadangan itu.

Tanpa berselindung, penyampai radio Era itu menegaskan, dia sebelum ini pernah berkata kerjaya seninya tidak akan berhenti dan menyimpan impian untuk meneruskannya dalam Dewan Negara bagi mewakili industri seni dan hiburan tanah air.

“Saya melihat jawatan senator turut memberi peluang kepada orang seni dipilih menjadi Menteri Penerangan. Secara tidak langsung ia menunjukkan dunia hiburan tem patan tidak sempit dan penggiatnya boleh pergi jauh.

“Tambahan pula apabila jawatan senator itu diwakili orang baru dan berpengalaman dalam dunia seni ia dilihat lebih relevan.

“Seperkara lagi individu yang mewakili industri seni di persidangan Parlimen perlu tahu banyak perkara dan usul dibawakan tidak hanya terhad pada dunia hiburan se mata-mata.

“Wakil perlu tahu usul dicadangkan sebelum diperdebatkan sebelum ia disenaraikan dalam rang undang-undang. Bia sanya apabila usul didebatkan perbincangan akan berkait kepada isu lain seperti ekonomi dan kewangan, institusi kekeluargaan, pelajaran dan mungkin juga teknologi,” ka tanya.

Mengambil contoh ringkas, kata Aznil, apabila Unit Pem bangunan Ekonomi (EPU) dibentangkan, senator mewakili bidang seni perlu tahu apa yang diperlukan industri.

“Perkiraan harus dilakukan mengikut pembangunan hen dak dijalankan dan berapa jumlah diperlukan. Justeru itu, saya katakan pengetahuan luas dalam bidang lain amat diperlukan senator terbabit,” katanya lagi.

Paling penting tegas Aznil, seorang senator perlu membuka mata kepada wakil sidang lain mengenai hala tuju industri seni dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang dan sumbangannya kepada ekonomi negara.

“Bukan saya kata pengalaman lalu tidak penting namun apabila kita masih menggunakannya sebagai acuan, ia tidak lagi sesuai. Sejarah boleh dijadikan rujukan namun pada waktu sama kita kena meletakkan visi di hadapan. Ia pada saya, tidak susah kerana contohnya sudah di hadapan mata.

“Lihat saja bagaimana Amerika Syarikat membangunkan industri hiburan mereka sehingga ia menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi negara itu. Maka langkah baik itu juga yang harus kita jadikan landasan sekarang ini,” ka tanya.

Sebagai penggiat masih muda, pelakon dan Penerbit Suhan Movies Production, Rosyam Nor menjelaskan dia belum bersedia dilantik sebagai senator mewakili industri seni tempatan.

Sebaliknya Rosyam menjelaskan bukan mudah menjadi wakil kepada industri seni secara keseluruhan dalam Dewan Negara kerana banyak peraturan dan garis panduan perlu diketahui dan diikuti.

“Saya lebih senang jika menjadi orang di belakang tabir dengan memberikan sumbangan dari sudut idea dan bim bingan sekiranya ia diperlukan.

“Jika suara penggiat seni mahu diberi perhatian di Dewan Negara isu diketengahkan tidak harus terhad pada industri seni saja. Usul atau cadangan diberikan mestilah memberi impak besar dan mampu menjadi penyumbang kepada dasar ekonomi negara.

“Sekiranya ia mendatangkan sumber ekonomi secara tidak langsung penggiat dalam industri akan merasai keuntu ngannya,” katanya.

Kata Rosyam, mereka yang dicadangkan untuk menjadi senator kedua perlu berpandangan jauh dan pengetahuan dimiliki tidak terhad kepada bidang hiburan tetapi dari semua sudut termasuk ekonomi.

Blogged with the Flock Browser

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: