Masih Tentang Blogosfera

June 23, 2008

Salam

Kemarian bulan Mei ini sungguh luar biasa sekalai keadaannya.

Bermula dengan kisah-kisah prahara yang terjadi di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Kemudian situasi kepolitikan tanah air masih non-stabil khususnya hitung nasib salah satu parti tertua iaitu UMNO yang akhir-akhir ini kelihatan seumpama sebuah kapal layar (nota: UMNO dulunya menggunakan logos KAPAL LAYAR) yang sedang berdepan dengan lambungan dan gelora, yang semacam akan karam, dan sentimental Pilihanraya Umum ke-12 yang belum habis diperbincangkan juga atas sebab keluarbiasaan keputusannya, apabila oposisi iaitu PAS, PKR dan DAP telah masing-masing membentuk kerajaan di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang, serta keadaan di Parlimen yang sudah bukan lagi seperti dulu-dulu, seakan singular. Nah! Sekarang benar-benar pluralisme.

Maka dalam bukan Mei ini, selepas sahaja saya muncul sebagai PANEL terakhir dalam rancangan ANALISIS PILIHANRAYA 2008 di ASTRO AWANI 502, tanggal 8 Mac yang lalu dengan berpakaian baju fesyen baju Melayu moden dengan corak polka dot pink, maka sejak itu belum lagi habis jemputan demi jemputan sebagai panel di televisi-televisi tempatan. Sekira tidak mengulas tentang keadaan politik dan keputusan PRU12 maka sudah tentu untuk membincangkan isu media baru. Isu media baru ini muncul setelah saya membentangkan penemuan kajian future studies di FORUM PASCA PILIHANRAYA yang dianjurkan oleh Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada 2 April 2008 di mana saya telah mengemukakan pandangan dari hasil kajian itu telah berlakunya perubahan kepercayaan masyarakat terhadap media, dan media baru terutama boleh telah merampas hampir 70 peratus kepercayaan dan menjadi salah satu sebab keputusan PRU12 sebegitu. Kaum bloguis dan pembaca blog di Malaysia adalah salah satu yang tertinggi di dunia. Dengan kata lain perusahaan dan kebudayaan blog telah hempir menjadi sebati dengan pengurusan hidup di Malaysia, dan blog menjadi media baru yang paling berpengaruh sejak 1998.

Sejak pembentangan seminar tersebut, serta ulasan-ulasan di AWANI 501 maka sampai ke hari ini belum lagi habis jemputan menjadi panel bagi membincangkan isu-isu tersebut. Dari isu blog ke isu kebebasan media.

Hari ini saya dijemput oleh program HUJAH TV9 untuk bersama-sama dengan PROFESOR MADYA DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF (UKM, Jabatan Sains Politik) dan NURAINA SAMAD – membincangkan tajuk KEBEBASAN MEDIA – ADAKAH  SEKADAR RETORIK?

Perbincangan tentang kebebasan media sudah pun berlarutan, sejak puluhan tahun, oleh sekian ramai pembahas, dan tentunya kesan media yang tidak bebas bermula dengan sangat jelas di sepanjang period pentadbiran Dr Mahathir Mohammad kerana beberapa itu kecil seperti jerebu dan sebagainya pernah tidak dibenarkan diperbahaskan secara terbuka.

Namun semua itu sudah sejarah.

Apa yang perlu dibuat sekarang ialah membangunkan kependidikan media secara profesional, dengan memperkukuhkan prinsip-prinsip kepercayaan terhadap media yang luhur iaitu menanamkan intelektualisme di kalangan para pemacu industri media tanah air, agar media yang dikehendaki bebas itu tidak meruntuhkan kebijakan, kebudimanan, dan demokratis.

Blu bla bel bel… pada hari ini juga tanah air (meski tidak terkejut) telah hebah dengan penarikan diri sebagai AHLI UMNO oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Toh Puan Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan sudah tentu kejadian ini sekilas pandang adalah hitung nasib sebuah parti sahaja iaitu UMNO. Tetapi UMNO sendiri mempunyai kisah yang sangat unik untuk difilemkan di mana ia menjadi satu-satunya parti di dunia barangkali yang hampir kesemua orang-orang besarnya, termasuk mantan presidennya menarik diri sebagai ahli sebaik tidak berkuasa.

Berbalik pada kasus kebebasan media, maka seperti yang saya sebutkan terlebih awal di program PERSPEKTIF KITA, yang diperantarakan oleh Sdr Suhaimi Sulaiman, ASTRO AWANI 501dengan tajuk perbincangan yang sama iaitu KEBEBASAN MEDIA, tanggal 17 Mei bahawa dunia media telah pun memasuki era pluralisme bukan singularisme lagi. Pluralisme menandakan era di mana informasi itu dibentuk, dan barulah disebarkan dalam semua kaedah mengikut medium media baru yang sudah pun juga plural dan sangat futuristik dan digital. Dalam abad perang informasi dengan media baru memainkan peranan pembentukan informasi maka sudah tentu media sudahpun menjadi bebas secara automatis. Barangkali ia tidak bebas ialah media tradisi.

Media tradisi di negara ini, juga semacam universiti, masih terkongkong oleh kepercayaan feudal, iaitu pentadbiran satu arah, satu perintah dan satu hala sehingga menyebabkan tidak berlakunya pembangunan nilai, bentuk, sistem, kandungan yang memungkinkan proses-proses pengukuhan menuju ke masadepan terjadi.

Bagaimana terkongkongnya nasib institusi pendidikan dengan segala macam perintah, maka demikian nasib media tradisi yang tunduk pada kepentingan penguasa, pemilik, pemodal dan pemacunya sehingga sikap untuk menghormati tanggung jawab terhadap peradaban musnah.

Kebangkitan media baru seperti blog akhirnya memberi ruang buat ahli masyarakat baik yang majoriti maupun minoriti untuk bersuara, bersampaikan akal fikir dan akal rasa mereka, berkenaan dengan masadepan yang mahu dicorakkan oleh mereka, atau untuk berkongsi sebahagian dari proses pembangunan itu. Lalu keadaan ini telah wewujudkan suasana baru bila informasi tidak lagi stagnan. Tidak lagi mati. Cuma barangkala kelakuan media tradisi seperti akhbar dan televisi yang masih jahil untuk berubah, menjadikan masyarakat resah lalu mendesak kebebasan itu berlaku. Nah!

Sesekali blu bla bel bel maka terlupalah keadaan di kampus yang juga tidak banyak bezanya dengan keadaan sebuah kompeni akhbar…

Blogged with the Flock Browser

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: