Usaha memartabatkan seni sastera harus berterusan

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

30 Jun 2008

DUNIA hari ini sedang melangkah dalam kurun ke-21. Ia juga merupakan milenium ketiga yang diramalkan akan membawa perubahan besar terhadap struktur ekonomi, kekuasaan dan kebudayaan dunia termasuk aspek nilai kemanusiaan.

Fenomena paling menonjol yang sedang terjadi pada kurun ini adalah proses globalisasi yang disebut oleh pemikir Alvin Toffler sebagai gelombang ketiga (third wave), setelah berlangsung gelombang pertama (pertanian) dan gelombang kedua (industri). Perubahan yang demikian menyebabkan terjadinya pergeseran kekuasaan daripada pusat kekuasaan yang bersumber pada tanah, kemudian kepada kapital atau modal, selanjutnya (dalam gelombang ketiga) kepada penguasaan terhadap informasi (ilmu pengetahuan dan teknologi).

Proses globalisasi ini lebih banyak ditakuti. Oleh kerana rasa takut dan cemas yang berlebihan itu, perkiraan yang dilakukan cenderung bersifat defensif dengan meletakkan diri sebagai subjek dalam proses perubahan tersebut.

Bagaimana dengan bahasa dan sastera? Apakah yang terjadi dalam konteks Malaysia ketika berhadapan dengan globalisasi? Apakah yang harus dilakukan dan kebijasanaan yang bagaimana perlu diambil dalam hubungan sastera, pembinaan korpus keilmuan dan dunia tanpa sempadan tersebut?

Mitos yang hidup selama ini tentang globalisasi adalah bahawa proses itu akan membuat dunia seragam. Ia akan menghapuskan identiti. Kebudayaan tempatan dan etnik akan ditelan oleh kekuatan budaya besar atau kekuatan budaya global.

Globalisasi dikatakan telah ditandai dengan kemajuan teknologi komunikasi dalam membina sempadan-sempadan dan jarak menjadi hilang serta tidak berguna. Ia juga telah membuat kurangnya peranan kekuasaan ideologi dan kekuasaan negara.

John Naisbitt dalam bukunya Global

Paradox memperlihatkan hal yang bersifat paradoks dari fenomena globalisasi. Di dalam bidang ekonomi, misalnya, beliau mengatakan “semakin besar dan semakin terbuka ekonomi dunia, perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana akan mendominasi”.

Walau apapun pandangan, sastera merupakan suatu medium pengkaryaan yang antaranya meliputi genre puisi, cerpen dan novel telah banyak membantu memperkasakan pemikiran serta jati diri masyarakat dan nilai keislaman di negara ini.

Sejak era Kesultanan Melayu Melaka kira-kira 500 tahun lalu lagi atau jauh sebelum itu dalam tradisi sastera Islam di Aceh, kesusasteraan Melayu sudah mula berakar umbi demi melaksanakan matlamat tersebut.

Justeru, peranan sastera dalam penyerapan aspek pemikiran dan pembentukan jati diri buat para penggemarnya dilihat sebagai suatu modul serta proses yang tiada penghujungnya supaya hasrat murni itu dapat dicapai pada masa depan.

Menurut Sasterawan Negara, Prof. Dr. Muhammad Salleh dari Universiti Sains Malaysia, perkembangan seni sastera juga haruslah dibiarkan berjalan seiring dengan keperluan zamannya dan patut diletakkan di tempat yang terhormat supaya ia dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Bagaimanapun, bagi mencapai matlamat itu, pelbagai perancangan haruslah dilakukan, misalnya dengan menggalakkan lebih ramai penulis menghasilkan genre-genre kesusasteraan.

“Pertamanya kita (penulis) haruslah menulis sebanyak mungkin karya sastera. Daripada situ, mana tahu akan muncul karya-karya hebat seperti Hikayat Hang Tuah atau Sulalatus Salatin. Bangsa yang tidak menulis dalam jumlah yang banyak tidak akan wujud di pentas dunia.

“Cara itu akan menyumbang kepada sudut pandangan dan fikiran kepada perkembangan semasa,” katanya ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Sasterawan Dalam Pembinaan Peradaban Malaysia di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, proses pengkaryaan hasil-hasil seni sastera yang berterusan antara lain akan dapat membantu memperkembang- kan bakat dan penciptaan karya-karya yang lebih bermutu.

Sikap berdaya saing serta memerah idea dengan gaya yang tersendiri juga haruslah ada pada kalangan para penulis sastera tempatan jika mereka mahu memperluaskan lagi pengutaraan idealisme mereka ke peringkat yang lebih jauh lagi pada masa depan.

“Kita mahu melahirkan karya-karya seperti yang dihasilkan oleh Thomas Mann, Po Chu-I, Murasaki Shikibu atau Dostoevsky kerana pencapaian seni dan pemikiran mereka yang tinggi. Pemikiran ini mampu membuat kita merenung jauh ke dalam diri dan takdir dalam masyarakat manusia,” ujarnya.

Para karyawan seni terutamanya golongan muda juga katanya haruslah berani berkarya selain bersedia menerima kritikan bagi mempertingkatkan lagi mutu sastera, misalnya daripada pengkritik yang tajam sifat kritikannya.

Prof. Dr. Muhammad contohnya, berasa bersyukur dan bangga kerana adanya karyawan seperti Baha Zain yang sedikit sebanyak membantu dalam proses perkembangan sastera menerusi genre esei dan puisi seperti yang bertajuk Tentang Penulisan dan Persekitarannya.

Oleh kerana kritikan mungkin kurang, maka penulis muda haruslah memikirkan sesuatu supaya kritikan sastera yang dilontarkan tidak akan menyisihkan mereka daripada bidang tersebut.

“Sehubungan itu, saya mencadangkan beberapa tindakan, antaranya mereka (penulis) muda haruslah lebihkan membaca karya-karya sastera agung, pembacaan puisi secara berkumpulan dan jemput pengarang berpengalaman bagi memberi pendapat mereka tentang sesuatu karya sastera.

“Sebab itu, saya yakin martabat seni sastera akan tercapai sekiranya karya-karya kita tinggi mutunya dalam pemikiran dan besar maknanya buat para penggemarnya. Semua itu harus datang dengan kerja keras beserta pengalaman,” katanya lagi.

Aktivis sastera, Prof. Rahman Shaari yang mengetengahkan topik bertajuk Akar Diri dan Kemajuan pada seminar itu lebih memfokuskan pada genre puisi dalam menjana kemartabatan dalam bidang kesusasteraan tanah air.

Jelasnya, maksud peradaban yang menjadi kunci dalam tema seminar itu membawa maksud yang amat besar di mana ia antara lain berdasarkan aksiomatik iaitu kita mengetahui tanpa perlu ditunjuk-tunjukkan buktinya.

“Bukti itu terlalu nyata. Dalam hal ini, saya mahu menekankan sudut pendidikan dan saya khususkan pada hubungan anak dan ibu bapa. Jika anak-anak tidak dididik dengan betul, maka apabila besar nanti mereka tidak akan mengamalkan nilai-nilai kesopanan,” katanya.

Bagi menguatkan lagi hujahnya itu, Prof. Rahman memberi contoh terhadap puisi terkenal karya Raja Ali Haji yang menyebutkan hal ini dengan jelas biarpun kata-kata yang dipilihnya bersifat amaran.

Antara bait-bait puisi Raja Ali Haji itu seperti berikut:

Jika anak tidak dilatih

Apabila besar bapanya letih

Antara lain, Rahman berkata, pengutaraan puisi seperti itu cukup penting dengan gaya bahasanya yang bukan bersahaja tetapi mempunyai maksud yang jelas dalam konteks pembinaan pemikiran dan sikap dalam sesebuah masyarakat.

Tidak kurang menariknya, apabila Dr. Abu Hassan Hasbullah dari Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya melontarkan pendapatnya tentang struktur organisasi kesusasteraan tempatan yang belum dibangunkan secara menyeluruh.

Dalam hal ini, beliau memberi perbandingan perkembangan serta aktiviti keseusasteraan seperti majlis deklamasi puisi atau pementasan teater tidak banyak diadakan di luar Kuala Lumpur.

Bandar-bandar kecil di kawasan pedalaman katanya, seolah-olah terpinggir daripada arus perkembangan dunia kesusasteraan yang meliputi

para penggemarnya di merata-rata tempat.

“Gapena (Gabungan Penulis Nasional Malaysia) misalnya lebih berpusat di Kuala Lumpur sahaja. Sebab itu, bagi mengangkat martabat sastera ke peringkat yang lebih luas usaha juga harus dijalankan di semua peringkat termasuklah kawasan luar bandar.

“Selain itu, saya dapati tidak banyak pihak yang sanggup mengangkat karya-karya sastera seperti novel untuk diadaptasi ke layar perak. Ini juga suatu proses yang penting bagi mencapai matlamat tersebut,” katanya.

Seminar anjuran Aswara dan Gapena itu diadakan sempena sambutan Hari Seniman Kebangsaan 2008 yang disambut pada 29 Mei lalu.

Blogged with the Flock Browser

Tags: ,

Untitled

June 29, 2008

Industri hiburan tetap dibela

Niezam Abdullah,
(niezam@utusan.com.my)
MINGGUAN MALAYSIA, 29062008, hlm 30

Wajarkah tokoh filem Senator Tan Sri Jins Shamsuddin dipersalahkan apabila industri hiburan negara ini tidak terurus, walaupun ada peningkatan tetapi nasib karyawan muzik masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya? Ini kerana karya-karya yang ada bagaikan terpinggir apabila produk-produk muzik dari luar mendominasi pasaran tempatan.

Jins dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan masyarakat dalam industri hiburan menaruh harapan tokoh ini memperjuangkan nasib mereka dalam industri ini. Maka apabila lagu-lagu dari Indonesia semakin menguasai pasaran muzik negara ini dan artis-artis mereka bebas untuk mempromosikan produk masing-masing tanpa had dan kawalan, ada pihak melihat masalah ini tidak sampai kepada pengetahuan kerajaan.

Bagaimanapun masalah dalam industri hiburan bertapak jauh lebih lama sebelum Jins dilantik menjadi Ahli Dewan Negara.

Cuma sekarang masalah menjadi semakin rumit apabila stesen-stesen radio swasta dilihat mengabaikan tanggungjawab mengiktiraf karya tempatan sendiri. Begitu juga dalam dunia perfileman apabila terlalu banyak pantang larang yang membantutkan usaha meningkatkan industri itu.

Jins yang diamanahkan memikul tanggungjawab membawa masalah masyarakat seniman kepada kerajaan didakwa tidak memainkan peranan sewajarnya dalam membela nasib mereka.

Kononnya dalam tempoh dua penggal Jins menjadi ahli Dewan Negara, tidak banyak isu yang berlaku dalam dunia hiburan dibawa untuk mencari penyelesaiannya.

Ini menyebabkan industri itu tersingkir jauh malah terus mundur jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Akibatnya penggiat-penggiat seni alaf baru cuba menyalahkan orang itu dan ini termasuklah wakil mereka yang diberi peranan membawa suara anak seni itu yang dikatakan berada pada zaman yang salah.

Jins mempunyai alasan dan menepis tohmahan kononnya beliau tidak memainkan peranan membawa permasalahan dalam industri hiburan kepada pengetahuan kerajaan.

Tetapi bukan mudah sesuatu usul yang dibentangkan itu diluluskan sekalipun banyak isu yang telah beliau kemukakan untuk perhatian kerajaan mendapat reaksi yang positif.

Menurut Jins, salah satu usahanya yang berjaya ialah menaikkan Akademi Seni Kebangsaan (ASK) setaraf universiti yang sekarang dikenali sebagai Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara).

“Banyak isu melibatkan masalah penggiat seni yang saya bawa kepada kerajaan supaya memberi perhatian serius. Ini termasuklah soal lagu-lagu Indonesia yang semakin banyak menguasai pasaran tempatan selain masalah cetak rompak yang tidak mencapai penyelesaiannya,” tegas Jins ketika dihubungi Jumaat lalu.

Masalah lain yang turut disuarakan Jins ialah meminta kerajaan menyemak semula lesen stesen televisyen serta mengehadkan program-program yang dibeli dari luar negara.

Soal kebajikan para artis juga turut diberi perhatian apabila meminta kerajaan mengkaji kaedah untuk membuat potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui syarikat produksi mereka.

Bagaimanapun dalam menyuarakan masalah-masalah di peringkat yang lebih tinggi, beliau tidak mendapat banyak pandangan daripada penggiat industri hiburan.

Setakat ini kata Jins, hanya beberapa persatuan seni yang menemuinya untuk membawa masalah mereka sebaliknya yang lain tidak berbuat demikian.

“Pihak dalam industri hendaklah menemui saya dengan mengemukakan fakta-fakta tertentu bagi membolehkan perkara yang berbangkit itu sampai kepada pengetahuan kerajaan,” ujarnya yang turut memperjuangkan Hari Seniman pada 29 Mei lalu.

Menyaksikan senario yang berlaku, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah berkata, ketika ini industri hiburan memerlukan individu yang berani mengenengahkan sesuatu isu.

Suasana hari ini menuntut satu cara bekerja, mengurus dan memajukan sesebuah industri itu dengan pendekatan baru sealiran dengan kemajuan industri hiburan.

“Zaman ini kita memerlukan seseorang yang boleh menggerakkan pemikiran yang kondusif dan intelektual sesuai dengan keadaan semasa dan bukan memilih mereka berdasarkan latar belakang sejarah atau ketokohannya,” kata beliau.

profesionalisme

Tambahnya lagi, masyarakat seniman hari ini memerlukan tenaga baru dengan intelektualisme dan profesionalisme yang dapat memahami serta menguasai bagaimana menguruskan industri yang mencabar.

Kesan globalisasi dan kebangkitan media baru bagaikan mendesak masyarakat dalam industri filem untuk mengenengahkan golongan muda yang lebih tegas, positif dan pragmatik menjadi tokoh bagi menguruskan industri.

Ini ujar Dr. Abu Hassan, masalah yang berlaku pada hari ini seolah-olah gagal diambil perhatian serius sehingga membuatkan dunia hiburan menjadi kalut dan kelam kabut.

Maka individu yang benar-benar mempunyai kepakaran dan pengalaman wajar diterima mentadbir serta membawa suara- suara orang bawahan kepada pihak yang sepatutnya.

“Kita tidak mahu melihat kelemahan menguruskan industri membuatkan ia terkapai-kapai tanpa arah dan hala tuju sehingga membuatkan segala kerja anak-anak seni yang berhempas pulas tidak memberi hasil yang sewajarnya,’’ ujar beliau.

Blogged with the Flock Browser

Tags: , ,

Kita perlu senator ke-2?

Oleh ABIE ABDULLAH
abie@hmetro.com.my

Menurut akhbar terbitan The New Straits Times Press itu lagi, ada macam-macam masalah berlaku dalam industri seni kita, tetapi tiada pihak hendak membawanya ke pengetahuan pihak tertentu atau kerajaan dengan bersungguh-sungguh.

Kalau dulu kita dikatakan tiada wakil di Parlimen, tetapi sekarang kepentingan orang seni, baik filem atau muzik, sudah diwakili oleh Jins apabila beliau dipilih sebagai senator.

Dua hari lalu, Metro Ahad menemui Pensyarah Kanan, Jabatan Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah untuk melihat pandangannya terhadap isu yang hangat diperkatakan ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyentuh 100 peratus mengenai wakil senator di Parlimen, sebaliknya menyatakan pendapatnya tersendiri.

Menurutnya, industri seni kita ada potensi untuk maju, tetapi mesti diuruskan dengan betul oleh orang yang betul.

“Malang! Bukannya industri filem Malaysia tidak boleh maju, sebagaimana pernah dikecapinya pada zaman dua studio di Jalan Ampas dulu.

“Namun akibat kelemahan dalam cara menguruskan industri ini, khususnya di peringkat tanggungjawab kepolitikan, industri filem Malaysia masih terkapai-kapai tanpa arah dan hala tuju sehingga segala macam usaha positif yang dilakukan oleh produser, sutradara, pekerja dan pelakon yang berhempas pulas nampaknya tetap tidak memberi hasil sewajarnya.

“Sudah tentu persoalan akan dikemukakan, dengan apakah cara lagi, selain aktiviti perfileman itu digiatkan secara individu sebagaimana terjadi sekarang, maka tentu desakan itu dilontarkan ke muka mereka yang diberi amanah dan kuasa oleh kerajaan dan masyarakat.

“Golongan yang diberi kuasa itu sepatutnya menjadi institusi pemacu utama dengan membentuk dasar, rencana strategi dan rancangan yang sesuai dan ‘sekehendak’ dengan zaman ini.

“Iaitu, yang membolehkan satu struktur pembangunan terhadap industri benar-benar berlaku dalam bentuk dan misi visi yang hendak dicapai, yakni industri filem menjadi satu daripada industri ekonomi utama sebagaimana kedudukan industri filem di negara lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, menunggu untuk melihat kejayaan itu tentu menyakitkan. Apa tidaknya, meskipun kita satu-satunya dikatakan negara yang mempunyai institusi khusus yang menguruskan industri ini dan ada tokoh yang diangkat sebagai wakil dari masyarakat filem atau industri seni ke Parlimen, kesan kejayaan fungsi kedua-duanya, iaitu Finas dan Senator yang dilantik, masih jauh daripada hasrat dan harapan yang dituntut oleh semua ahli dalam industri filem selama ini.

Industri filem Melayu masih tersingkir jauh, malah mundur jika dibandingkan dengan sahabat serantau, baik di Indonesia, Thailand malah Vietnam.

“Lantas sebahagian penggiat baru, yang dapat dimazhabkan sebagai generasi baru dalam industri filem Malaysia, mula menyebut-nyebut secara kritis yang Finas sebagai institusi dan wakil dari industri ke Parlimen ada di ‘zaman yang salah’,” katanya.

Menurut pengkaji perfileman ini juga, maksud mereka sangat mudah iaitu industri ini diuruskan dalam kepercayaan lama, dengan pemikiran dan cara bekerja yang primitif, dan hanya kelihatan sangat hebat atas nostalgia Jalan Ampas yang sudah berlalu.

Tanpa menafikan keagungan industri filem Melayu dari 1930-an hingga 1970, iaitu Zaman Emas Dua Studio, maka tidak patut pula untuk menentang kepercayaan bahawa kita sudah lapan tahun dalam abad 21.

“Abad ini menuntut satu cara bekerja, mengurus dan memajukan industri filem dengan cara baru dan sepadan dengan pemajuan perusahaan filem sejagat, termasuk industri televisyen dan industri media baru.

“Tentu pemikiran dan pengurusan yang hanya melihat pada projek keraian atau ‘ritual potong riben’ dan temasya yang bersikap nostalgia, mahupun majlis anugerah sebagai bukti ‘gravitas’ rencana strategi memajukan industri filem sama sekali tidak boleh diterima lagi,” katanya.

Kata Dr Abu Hassan, zaman ini memerlukan sikap berani, sama ada untuk merancang penerokaan cara mengurus industri secara lebih konstruktif dan optimistik, termasuk kewibawaan untuk menggerakkan satu pemikiran kondusif dan intelektual.

Malah, katanya, ia perlu sesuai dengan zaman yang sikap industri filem itu yang berubah, sama ada sikap terhadap bentuk mahupun kandungan, kaedah dan sistem, dasar dan perundangan. Maka tentu sekadar nama atau tokoh dari sejarah tidak cukup.

Sebaliknya, diperlukan satu tenaga baru dengan intelektualisme dan profesionalisme yang juga baru, yang dapat memahami dan dapat menguasai cara menguruskan industri dalam abad ke-21 yang diketahui sangat mencabar dengan kesan globalisasi dan kebangkitan industri media baru.

“Akhirnya masyarakat industri filem mendesak untuk diambil tokoh muda yang lebih tegas, positif, pragmatis dan kreatif menjadi wakil mereka, sama ada sebagai senator atau wakil rakyat atau menteri mahupun untuk menguruskan mana-mana institusi yang berurusan dengan tanggungjawab membangunkan industri filem Malaysia.

“Tidak kira siapa mereka, asalkan ada kepakaran dan pengalaman dalam industri perfileman dan memiliki ketokohan daripada aspek intelektualisme dan profesionalisme yang sepadan dengan perubahan dan keperluan pada zaman ini, wajar mereka diterima sebagai tokoh paling layak mentadbir industri filem Malaysia sekarang,” katanya.

Dr Abu Hassan turut mencadangkan beberapa nama yang dikira sesuai sebagai wakil senator dalam kesenian yang dimaksudkan tadi. Maksudnya, generasi baru yang berpengalaman dalam industri ini.

“Nama seperti Aznil Nawawi, Rosyam Nor, Bade Azmi mahupun daripada kalangan akademik boleh dipertimbangkan, kerana sudah cukup lama kepercayaan diberi pada mereka yang selama ini masih sebagai pengurus atau wakil yang diberi tanggungjawab, tetapi nyata pada pandangan industri mereka gagal membawa industri kepada kemajuan yang diharapkan, malah potensi pada masa depan.

“Beri peluang pada generasi baru yang bukan sedikit pengorbanan mereka, malah kepercayaan terhadap intelektualisme dan profesionalisme mereka juga hendaklah dihargai.

“Apa salahnya senator kedua diberi pada seorang daripada mereka?” tanyanya.

Blogged with the Flock Browser

Tags: , ,

Salam

AKADEMI SINEMA AMATUR MALAYSIA (ASASINEMA) dalam renstra menganjurkan FESTIVAL DOKUMENTARI MALAYSIA 2008 sebagai prakarsa memajukan perusahaan penerbitan filem dokumentari di negara ini.

Perusahaan filem dokumentari, meski terlihat seperti tersingkir dari arus perdana perusahaan wayang gambar Malaysia, namun kepentingan industrinya dalam bersama-sama tidak dapat dinafikan tambahan dengan kemunculan Abad 21, iaitu abad informasi yang mana berlakunya perkembangan yang begitu pesat perusahaan kandungan media maka di antara kandungan utama yang masih daif ialah dokumentari.

Sejajar dengan sikap peduli terhadap pertumbuhan pasaran filem dokumentari di peringkat nasional dan internasional kesan dari pertumbuhan industri kandungan media tersebut maka ASASINEMA telah menggerakkan suatu inisiatif, atau usaha yang sangat-sangat serius untuk menganjurkan sebuah festival dalam meraikan dan merayakan cita-cita membina industri dokumentari yang kukuh dan kuat di Malaysia.

Bagi menjayakan ambisius yang sungguh besar itu maka pihak ASASINEMA telah mengaturkan jadurutin yang mengendali perjalanan peristiwa festival ini, antaranya:

21 Jun 2008
SIDANG AKHBAR

yakni asa mengkhabar maklumkan kepada PIHAK MEDIA akan adanya gerakan Festival Dokumentari Malaysia. Majlis ini akan berlangsung di AUDITORIUM SASTERA, FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL, UNIVERSITI MALAYA pada jam 03 petang.

Jamuan ringan adalah disediakan.

21 Julai 2008
MAJLIS PELANCARAN

tentatif akan diadakan majlis pelancaran rasmi dan akan disempurnakan oleh tetamu khas, yang buat masa ini masih di peringkat perbincangan.

FESTIVAL akan berlangsung dari 21 Julai dan akan berakhir, iaitu tamatnya penyertaan iaitu pada 21 November 2008.

26 Disember 2008
MAJLIS ANUGERAH TIRTA NIRMAYA

tentatif majlis anugerah iaitu penyampaian hadiah-hadiah buat filem yang menang. Majlis ini akan mempunyai acara-acara seperti Acara Karpet Rumput, Dialog Peduli Bumi, dan Seminar Filem Ar-Risalah.

Semoga semua acara berjalan lancar dan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Sekian, wassalam

Blogged with the Flock Browser

Tags: ,

Nah! Gegeran kecamukan pengaruh media baru, runcingnya pasal blog, hangatnya belum reda sebaik saya memperucapkan tentang bagaimana media baru menjadi gempa informasi yang meninggalkan kesan yang bukan sedikit terhadap pembinaan kesikapan masyarakat dalam menangani ehwal ekoposial Abad 21. Tentunya runcingan itu menjadi serius bila pengaruh UMNO dalam kepolitikan nasional semakin mengecil manakala pengaruh pakatan oposisi semakin menjadi kuat.

Sejak pembentangan Kertas Seminar yang mengandungi huraian kajian kepercayaan media di sepanjang PRU-12 yang dibentangkan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dan dijadikan isu utama oleh beberapa media nasional selepas itu, menyebabkan sebermula April sehingga sekarang pelbagai undangan dan jemputan dalam membincangannya telah diterima terutama dari pihak media tradisi khususnya televisi.

JEMPUTAN
Pembentang Kertas Kerja
BENGKEL PROGRAM BLOG RTM1

Tarikh
19 Jun 2008

Waktu
9 malam

Tempat
Dewan Seminar IPTAR BARU, Angkasapuri

Moderator
YB Menteri Penerangan Malaysia

Tentunya jemputan sebagai panel dalam Bengkel Program BLOG RTM1 yang akan dimoderasikan sendiri oleh YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia ini adalah kelangsungan fora berkenaan media baru, adityanya blog, yang menghuraikan kepercayaan untuk menerima media baru sebagai kebangkitan industri media Abad 21 telah diterima oleh masyarakat negara ini. Tidak dinafikan Malaysia menjadi salah satu region perkembangan media baru yang cukup menakjubkan dengan pusingan menerima media baru sebagai media utama begitu pantas berlaku sebermula pada pertengahan tahun 1992 sebaik prakarsa memajukan perusahaan teknologi maklumat bermula.

ATURCARA
07.30 malam – Makan Malam

08.30 malam – Pendaftaran

09.00 malam – Ketibaan Menteri Penerangan Malaysia
09.15 malam – Pembentangan Kertas Kerja 1
                           Dr Abu Hassan Hasbullah

09.25 malam – Pembentangan Kertas Kerja 2
09.35 malam – Sesi Soal Jawab & Perbincangan

11.00 malam – Jamuan Ringan

Terima kasih buat RTM dan Kementerian Penerangan Malaysia di atas undangan sebagai salah seorang panel dalam program tersebut.

Blogged with the Flock Browser

Tags: , ,

Sepanjang berada di Universitas Gadjah Mada, dan dalam sejalanan seminar, dengan banding membanding, teliti mentelaah, perhati menilai sepintas denyut akal fikir dan akal rasa, nyata kematangan dan kebijakan mahasiswa-mahasiswa UGM jauh di garis hadapan berbanding mahasiswa Malaysia.

Pertamanya dalam meneliti bagaimana cara mereka menangani intelektualisme; mencetuskan kebijakan; dan menguruskan pengetahuan, ya, apabila bersembang dengan mereka bukan ‘ter’ lagi malah amat nyata sebahagian dari kandungan percakapan tersebut lebih banyak mengandung inti-inti teori, falsafah, ideologi dan sumber ilmu. Ini ditunjukkan juga dalam cara mereka mentadbir tugas sebagai mahasiswa, perhatian lebih banyak diagihkan kepada penerokaan dan penggelidahan ilmu pengetahuan bukannya berpusing meung pada perkara-perkara remeh dan tidak berfaedah sebagaimana misal yang ditunjukkan dalam beberapa kejadian ‘gurauan bodoh’ yang menjadi topik agak hangat di beberapa universiti Malaysia baru-baru ini.

Knowledge has two basic definitions of interest. The first pertains to a defined body of information. Depending on the definition, the body of information might consist of facts, opinions, ideas, theories, principles, and models (or other frameworks). Clearly, other categories are possible, too. Subject matter (e.g., chemistry, mathematics, etc.) is just one possibility.

Knowledge also refers to a person’s state of being with respect to some body of information. These states include ignorance, awareness, familiarity, understanding, facility, and so on.

Email from Fred Nickols, Executive Director — Strategic Planning & Management, Educational Testing Service.

Malah di sepanjang saya mengajar di UM, maka di sepanjang Sesi 2006.2007, dan 2007.2008 adalah sesi yang sungguh lanar, kebanyakan mahasiswa tidak menunjukkan keminatan tinggi terhadap penerokaan ilmu pengetahuan bila semua tugasan, arahan kerja, dan disiplin dalam menangani keperluan pengajian nyata begitu lemah dan rendah dan ini ditunjukkan oleh indeks potensi akademik, yang secara purata di paras 10 hingga 20 peratus sahaja pemilikan kandungan pengetahuan khususnya bagi ukuran Skala Trivium iaitu Logik, Falsafah dan Retorik.

How should man live?  Here’s how I see it.  The only reasonable motivation for doing anything is to increase my own present or future sense of fulfillment.  I may behave altruistically, but this is a means to an end:  the sense of fulfillment that I receive from the action.  It all comes down to this fulfillment (call it happiness if you like, but I think fulfillment is stronger).  I think this is as true of the theist as well as the atheist.

Lalu kebimbangan yang sama memang wajar diketengahkan apabila Julai nanti kumpulan pelajar baru akan menjadi penghuni kampus, meski tidak dapat dinafikan juga, atmosfera intelektualisme di menara gading yang semakin mundur akibat dari katastrofi kepolitikan bompit di kalangan para sarjana turut berperanan dalam mempercepatkan krisis intelektualisme itu berlaku.

CUPLIKAN dari Berita Harian, 12 Jun 2008
Namun, kehidupan di universiti bukan sekadar menjana ilmu pengetahuan dan memperoleh beberapa kemahiran praktis. Malah, ia merangkumi proses pembangunan diri, pembinaan keupayaan untuk berkomunikasi dengan orang lain serta kebolehan meramal, mencipta, membentuk dan menyesuaikan diri dengan perubahan.

Justeru, kebijaksanaan dan kematangan harus terbina untuk menserasikannya dengan nilai dan budaya masyarakatnya.

Dalam retorik yang paling mudah, mahasiswa sudah tidak sepatutnya menjadi sekawanan gagak, apatah lagi untuk menjadi sekawanan volturas pemakan bangkai, kerana dalam keadaan dunia sedang berdepan dengan krisis ekoposial akibat lonjakan harga makanan dan bahan bakar minyak, yang akan mencetuskan krisis tenaga dan sumber makanan menjelang 2010, yang mungkin boleh menyebabkan Malaysia sendiri bukan mudah untuk menyelesaikannya, maka tentunya universiti tidak mahu pula dipenuhi oleh modal insan yang lemah. Blue bla bel bel

… bersambung

Blogged with the Flock Browser

Tags:


MONTAGE. Che Det, empat dari kiri, sewaktu zaman sekolah

MONTAGE. Che Det, sedang berjabat tangan dengan ‘Belukar’ yang telah mengganyang Irak sampai lenyap…

Tun Mahathir akhirnya mengumumkan keluar dari UMNO.
Maka genaplah, Presiden UMNO kebanyakan selepas tidak lagi menjadi PM, maka mengambil langkah meninggalkan UMNO yang telah menempatkan mereka sebagai PM. Nampak semacam UMNO sekadar kenderaan klasik untuk membolehkan mereka sampai ke puncak kuasa.

MONTAGE. Sejarah kemudian dibaling-baling…


Kedua-dua mereka akhirnya meninggalkan UMNO.


Gambar: Dato’ Mokhzani dan Datin Mastisa
Sumber: VISA – Malaysia International Gourmet Festival

Mokhzani turut meninggalkan UMNO setelah sekian lama UMNO menaungi penghidupannya.

Maka masih tinggal;

Dato Mukhriz dan Datin Rozita – masih berada di dalam UMNO meski belum mahu berhenti berbalah, dan menentang kepimpinan Pak Lah.

Anekdot:
Di sepanjang Tun Mahathir sebagai PM, telah melepaskan jawatan Tun Musa Hitam (Timbalan PM – yang pertama), kemudian Tun Ghafar Baba (Timbalan PM – yang kedua), dan dilucutkan jawatan Dato Seri Anwar Ibrahim (Timbalan PM – yang ketiga), Dato’ Seri Abdulah Hj Ahmad Badawi yang hari ini PM dan sedang berdepan dengan usaha Tun Mahathir untuk menjatuhkannya. Ini belum mengambil kira Tengku Razaleigh yang meletak jawatan dan menubuhkan Semangat 46 meski sekarang bersama UMNO semula.

Dan di sepanjang sejarah, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn di antara PM pula yang meletakkan jawatan atas desakan ala Mukhriz hari ini oleh Tun Mahathir…

Semua yang meletak jawatan kecuali Anwar Ibrahim dikatakan pemimpin yang lemah oleh Tun Mahathir.

Demikianlah perjalanan sebuah gondola.
 

Blogged with the Flock Browser

Tags:

Masih Tentang Blogosfera

June 23, 2008

Salam

Kemarian bulan Mei ini sungguh luar biasa sekalai keadaannya.

Bermula dengan kisah-kisah prahara yang terjadi di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Kemudian situasi kepolitikan tanah air masih non-stabil khususnya hitung nasib salah satu parti tertua iaitu UMNO yang akhir-akhir ini kelihatan seumpama sebuah kapal layar (nota: UMNO dulunya menggunakan logos KAPAL LAYAR) yang sedang berdepan dengan lambungan dan gelora, yang semacam akan karam, dan sentimental Pilihanraya Umum ke-12 yang belum habis diperbincangkan juga atas sebab keluarbiasaan keputusannya, apabila oposisi iaitu PAS, PKR dan DAP telah masing-masing membentuk kerajaan di Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang, serta keadaan di Parlimen yang sudah bukan lagi seperti dulu-dulu, seakan singular. Nah! Sekarang benar-benar pluralisme.

Maka dalam bukan Mei ini, selepas sahaja saya muncul sebagai PANEL terakhir dalam rancangan ANALISIS PILIHANRAYA 2008 di ASTRO AWANI 502, tanggal 8 Mac yang lalu dengan berpakaian baju fesyen baju Melayu moden dengan corak polka dot pink, maka sejak itu belum lagi habis jemputan demi jemputan sebagai panel di televisi-televisi tempatan. Sekira tidak mengulas tentang keadaan politik dan keputusan PRU12 maka sudah tentu untuk membincangkan isu media baru. Isu media baru ini muncul setelah saya membentangkan penemuan kajian future studies di FORUM PASCA PILIHANRAYA yang dianjurkan oleh Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada 2 April 2008 di mana saya telah mengemukakan pandangan dari hasil kajian itu telah berlakunya perubahan kepercayaan masyarakat terhadap media, dan media baru terutama boleh telah merampas hampir 70 peratus kepercayaan dan menjadi salah satu sebab keputusan PRU12 sebegitu. Kaum bloguis dan pembaca blog di Malaysia adalah salah satu yang tertinggi di dunia. Dengan kata lain perusahaan dan kebudayaan blog telah hempir menjadi sebati dengan pengurusan hidup di Malaysia, dan blog menjadi media baru yang paling berpengaruh sejak 1998.

Sejak pembentangan seminar tersebut, serta ulasan-ulasan di AWANI 501 maka sampai ke hari ini belum lagi habis jemputan menjadi panel bagi membincangkan isu-isu tersebut. Dari isu blog ke isu kebebasan media.

Hari ini saya dijemput oleh program HUJAH TV9 untuk bersama-sama dengan PROFESOR MADYA DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF (UKM, Jabatan Sains Politik) dan NURAINA SAMAD – membincangkan tajuk KEBEBASAN MEDIA – ADAKAH  SEKADAR RETORIK?

Perbincangan tentang kebebasan media sudah pun berlarutan, sejak puluhan tahun, oleh sekian ramai pembahas, dan tentunya kesan media yang tidak bebas bermula dengan sangat jelas di sepanjang period pentadbiran Dr Mahathir Mohammad kerana beberapa itu kecil seperti jerebu dan sebagainya pernah tidak dibenarkan diperbahaskan secara terbuka.

Namun semua itu sudah sejarah.

Apa yang perlu dibuat sekarang ialah membangunkan kependidikan media secara profesional, dengan memperkukuhkan prinsip-prinsip kepercayaan terhadap media yang luhur iaitu menanamkan intelektualisme di kalangan para pemacu industri media tanah air, agar media yang dikehendaki bebas itu tidak meruntuhkan kebijakan, kebudimanan, dan demokratis.

Blu bla bel bel… pada hari ini juga tanah air (meski tidak terkejut) telah hebah dengan penarikan diri sebagai AHLI UMNO oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Toh Puan Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan sudah tentu kejadian ini sekilas pandang adalah hitung nasib sebuah parti sahaja iaitu UMNO. Tetapi UMNO sendiri mempunyai kisah yang sangat unik untuk difilemkan di mana ia menjadi satu-satunya parti di dunia barangkali yang hampir kesemua orang-orang besarnya, termasuk mantan presidennya menarik diri sebagai ahli sebaik tidak berkuasa.

Berbalik pada kasus kebebasan media, maka seperti yang saya sebutkan terlebih awal di program PERSPEKTIF KITA, yang diperantarakan oleh Sdr Suhaimi Sulaiman, ASTRO AWANI 501dengan tajuk perbincangan yang sama iaitu KEBEBASAN MEDIA, tanggal 17 Mei bahawa dunia media telah pun memasuki era pluralisme bukan singularisme lagi. Pluralisme menandakan era di mana informasi itu dibentuk, dan barulah disebarkan dalam semua kaedah mengikut medium media baru yang sudah pun juga plural dan sangat futuristik dan digital. Dalam abad perang informasi dengan media baru memainkan peranan pembentukan informasi maka sudah tentu media sudahpun menjadi bebas secara automatis. Barangkali ia tidak bebas ialah media tradisi.

Media tradisi di negara ini, juga semacam universiti, masih terkongkong oleh kepercayaan feudal, iaitu pentadbiran satu arah, satu perintah dan satu hala sehingga menyebabkan tidak berlakunya pembangunan nilai, bentuk, sistem, kandungan yang memungkinkan proses-proses pengukuhan menuju ke masadepan terjadi.

Bagaimana terkongkongnya nasib institusi pendidikan dengan segala macam perintah, maka demikian nasib media tradisi yang tunduk pada kepentingan penguasa, pemilik, pemodal dan pemacunya sehingga sikap untuk menghormati tanggung jawab terhadap peradaban musnah.

Kebangkitan media baru seperti blog akhirnya memberi ruang buat ahli masyarakat baik yang majoriti maupun minoriti untuk bersuara, bersampaikan akal fikir dan akal rasa mereka, berkenaan dengan masadepan yang mahu dicorakkan oleh mereka, atau untuk berkongsi sebahagian dari proses pembangunan itu. Lalu keadaan ini telah wewujudkan suasana baru bila informasi tidak lagi stagnan. Tidak lagi mati. Cuma barangkala kelakuan media tradisi seperti akhbar dan televisi yang masih jahil untuk berubah, menjadikan masyarakat resah lalu mendesak kebebasan itu berlaku. Nah!

Sesekali blu bla bel bel maka terlupalah keadaan di kampus yang juga tidak banyak bezanya dengan keadaan sebuah kompeni akhbar…

Blogged with the Flock Browser

Tags: ,

BLOGS AND NATION BUILDING
petikan dari http://suhaimisulaiman.blogspot.com

I had a very interesting ‘post-event’ discussion very late last night with Information Minister, Datuk Ahmad Shabery Cheek on media and content. We discussed content-treatment, strategy and popular culture on television.

Earlier, I was one of the guests in an intellectual discourse on ‘blogs and nation building’.

My mentors, guru and friends were there —

Datuk A Kadir Jasin,
Datuk Ibrahim Yahaya (Tiger),
Rocky Bru (Ahiruddin Attan),
Kapten Yusof Ahmad (Ancient Mariner),
Datuk Ruhanie Ahmad,
Nuraina Samad,
Datuk Ahmad Talib,
MURING-WIEN (Dr Abu Hassan Hasbullah) – diedit semula, maaf Mie, ada kesilapan sikit
Dr Norani Osman (IKMAS — UKM),
Datuk Chamil Wariya,
Prof Dr Wan Zawawi Ibrahim (ATMA – UKM),
Hezri Rahil Hillaluddin,
Zamzarina Zambri,
and many more.

My take on ‘blogs and nation building’ is simple:

In the past, we had no choice but to have leaders with these qualities — intelligent, smart, well read, well traveled and influential — because in the early days of independence, the leaders had to do the thinking and implementation as the rakyat were ‘penerima’ and not ‘contributors’.

But today, thanks to the good job done by the government since independence, Malaysians are so educated and they are so many bright sparks out there.

They make up the silent majority, but with the ‘blogging technology’ they now express themselves through blogs and on many occasions they have ideas that are better than the ‘bengkel-bengkel’ or ‘controlled brainstorming session’ or ‘lawatan sambil belajar’.

The challenge now is to find leaders who know how to deal with participatory democracy, encourage, engage and guide critical thinking.

To make it short — the brains are out there, just pick the best, tak susah dan jangan takut. Embrace the ‘future’.

Oh, BTW, minyak kereta I sekarang — RM450 seminggu. I pusing-pusing KL jer…

Blogged with the Flock Browser

Tags: