Isu-isu Panas TV9

May 22, 2008

Sumber rencana: SELAYANG PANDANG DARI HAKIM KHATIB

Setiap hari saya akan pulang bekerja pada waktu malam sama ada selepas waktu maghrib ataupun selepas pukul 10 malam, ianya bergantung kepada keadaan. Secara tidak langsungnya, pulang ke rumah dari kerja dalam keadaan yang letih menyebabkan saya jarang-jarang sekali berpeluang untuk membaca surat khabar, mel, majalah dan lain-lain setiap hari apatah lagi untuk menulis dalam blog saya sendiri. TV pun hanya sesekali dapat ditonton, itu pun jika rajin saya duduk menghadap TV.

Pada minggu lepas, saya secara tidak sengaja telah membuka TV siaran sembilan(TV 9) pada jam 9.30 malam. Rancangan yang disiarkan pada ketika itu ialah berbentuk perbincangan pendapat dan penghuraian mengenai isu-isu semasa iaitu rancangan yang dinamakan sebagai HUJAH. Rancangan ini merupakan rancangan mingguan setiap hari selasa yang mana dipengerusikan oleh seorang moderator yang tidak asing lagi, iaitu Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusof. Beliau merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sering dijemput untuk mengendalikan program diskusi yang lebih menjurus kepada isu politik dan isu-isu semasa.

Isu yang dibincangkan pada minggu lepas ialah tentang ‘Ketuanan Melayu’ bersama tetamu jemputan dari Universiti Malaya(UM) , mereka ialah Dato’ Malek Munip yang merupakan bekas pensyarah UM dan Prof Dr Azmi seorang pensyarah Undang-undang juga dari UM. Isu ini dibincangkan pada ketika itu dengan begitu menarik sekali kerana panel yang dijemput memiliki pendapat yang sama sekali berbeza antara satu sama lain dan turut mewakili dua kelompok masyarakat yang wujud di Malaysia kini. Dato’ Malek mewakili golongan tua Melayu yang memiliki gaya pemikiran masyarakat Melayu lama, manakala Dr Azmi pula bertindak sebagai suara golongan muda Melayu dan masyarakat Malaysia zaman kini.

Setiap panel mempunyai buah fikiran yang bernas dan mengemukakan hujah dan penjelasan yang cukup mantap hinggakan pada klimak rancangan ini kedua-dua orang tetamu ini saling berbalas hujah untuk membenarkan pendapat masing-masing. Pada ketika itu, moderator rancangan seolah-seolah kehilangan kata-kata untuk menghangatkan suasana dengan membangkitkan persoalan tambahan kepada jawapan yang diberikan para panel jemputan seperti kebiasaan yang dilakukan beliau. Keadaan ini terbawa-bawa hingga ke sesi kesimpulan apabila tuan moderator memberi kesimpulan yang ringkas, tidak tepat dan tidak menggambarkan keseluruhan isi perbincangan yang telah dihuraikan. Walaupun begitu, saya ingin memuji panel Dr Azmi kerana berjaya mengemukakan bukti yang kukuh disertai oleh penerangan yang jelas tentang isu ketuanan Melayu kerana pada hemat saya beliau secara halusnya telah menewaskan pendapat dan hujah-hujah oleh panel yang seorang lagi. Kata-kata di dalam hujah beliau melambangkan ciri-ciri masyarakat yang sentiasa inginkan kemajuan, yang mengutamakan keadilan serta menolak kezaliman dan mengamalkan, dan mementingkan ilmu dan toleransi dalam masyarakat.

Jika keadaan tersebut berlaku pada minggu lepas, berbeza pula pada minggu ini di mana kedua-dua panel yang dijemput agak senada dalam membincangkan isu ‘Kebebasan Media: satu retorik?’. Panel yang dijemput pada minggu ini adalah Puan Nuraina, bekas editor politik NST dan Dr Abu Hassan Hasbullah, pensyarah di Jabatan Media Universiti Malaya (UM). Agak menarik diskusi pada minggu ini kerana walaupun mereka saling membantu antara satu sama lain dalam menyokong dan menghuraikan isu kebebasan media tetapi mereka tetap berwaspada dalam mengeluarkan buah fikiran masing-masing. Moderator Prof Madya Dr Muhammad Agus Yusof pun tidak teragak-agak untuk melakukan ‘provokasi’ melalui soalan-soalan yang sentiasa berkaitan dengan peristiwa yang sedang berlaku dalam negara kita masa kini. Pada kali ini, tuan moderator berjaya mengawal keadaan dengan cemerlang kerana beliau dapat menjana idea-idea bernas daripada para panel melalui soalan ‘cepu emas’ dengan lancer dan terancang.

Antara perkara yang dibangkitkan dalam diskusi berkenaan ialah kebebasan media di negara kita tersekat terutamanya media arus perdana disebabkan oleh campur tangan ‘pihak berkuasa tertentu’. Bila dibangkitkan persoalan tentang kebebasan media alternatif (pembangkang) seperti harakah dan suara keAdilan oleh tuan moderator, para panel mengatakan bahawa media tersebut secara terang dan terbuka telah menyatakan pendirian mereka menjadi media bagi pihak mereka. Yang menjadi masalah pada pandangan para panel ialah apabila media arus perdana yang sepatutnya bersifat nasional, neutral dan terbuka dalam menyampaikan maklumat berita semasa dijadikan alat oleh pihak tertentu dalam menjayakan kepentingan mereka sendiri.

Selain itu, akibat daripada sekatan terhadap kebebasan media menyebabkan masyarakat mula hilang kepercayaan terhadap ketelusan penyampaian maklumat dan berita oleh akhbar dan media arus perdana. Disebabkan gejala tersebut, masyarakat kini lebih gemar untuk mencari media alternatif. Tambahan pula, peredaran zaman yang membawa manusia ke alam siber berteknologi dan maklumat tanpa wayar menjadikan medium ‘web blog’ atau ‘blog’ semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa sekarang. Maka tidak hairanlah sekiranya kehadiran ‘blog’ dan ‘blogger’ terutama sekali sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) hingga menjelang saat-saat akhir ketibaannya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun kewujudan lambakan media-media kecil ini di ruang maya siber dikhuatiri menjadi tempat penyebaran maklumat berita yang salah dan fitnah berbentuk hasutan, para panel yang hadir sepakat berhujah bahawa masyarakat sudah pandai untuk membezakan betul salah dan baik buruk sesuatu maklumat. Jadi, tidak timbul soal tersekatnya soal kesahihan maklmat kerana hanya media yang telus dalam penyampaian berita sahaja akan menjadi perhatian masyarakat. Malahan, kebebasan media dapat direalisasikan kerana semua pihak dapat menyuarakan pendapat mereka secara terbuka dan adil tanpa tekanan mana-mana pihak.

Akibat seterusnya daripada kebebasan media tersekat ialah wartawan media dan akhbar akan hilang kebebasan untuk berkarya dan nilai kreativiti akan berkurangan dalam hasil karya mereka. Kesan daripada itu, nilai-nilai kewartawanan yang menjadi pegangan mereka terpaksa dikorbankan kerana mendapat tekanan daripada ‘pihak tertentu’. Timbul juga saranan dari pada panel untuk kerajaan menghapuskan terus mana-mana undang-undang yang bersifat tidak adil kepada kebebasan media seperti Akta Rahsia Rasmi dan Akta Anti Hasutan. Moderator turut membangkitkan kemungkinan rasional kewujudan undang-undang tertentu berkaitan dengan kebebasan media di negara kita adalah untuk membendung masalah integrasi kaum yang boleh timbul. Tetapi para panel menidakkan alasan tersebut kerana bagi mereka masalah integrasi bukan berpunca daripada media malah tidak ada kait mengait langsung. Yang menjadi punca sebenar ialah dasar pendidikan yang dijalankan oleh pihak pemerintah sejak dari dahulu lagi kerana tiadanya integrasi dalam sistenm pendidikan di negara ini.

Kesimpulan daripada diskusi HUJAH pada minggu ini ialah media mestilah dibenarkan untuk menyampaikan berita secara tepat, lengkap dan pantas serta rakyat Malaysia terutamanya pihak media tidak seharusnya disekat untuk berhujah dan bersuara dalam memberi pendapat tentang sesuatu perkara.

Saya menantikan ketibaan rancangan ini pada minggu depan walaupun dalam sesetengah perkara yang dibincangkan wujud ketidaktelusan dan keadilan.

Blogged with the Flock Browser

Tags: , ,

Advertisements

Budayakan membaca bahan bermutu – Razali
UTUSAN MALAYSIA, 05.05.2008

Razali Ismail (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang wakil dari sekolah yang memenangi pertandingan pembelian buku terbanyak pada Majlis Penutupan Pesta Buku 2008 di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 4 Mei – Usaha ke arah membudayakan membaca di kalangan rakyat negara ini perlu menitikberatkan bahan-bahan bermutu agar dapat dapat membentuk pemikiran dan budi pekerti yang baik.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd. Razali Ismail berkata, pemikiran dan budi pekerti seseorang akan turut dipengaruhi corak bahan-bahan bacaan yang mereka pilih.

”Bila bahan bacaan yang menjadi tumpuan bermutu rendah, ia juga akan merendahkan pemikiran dan juga sikap sesaorang dalam kehidupan bermasyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menutup Pesta Buku Kelantan 2008 Kali Ke-33 anjuran bersama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (Pustaka) di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah JPN Kelantan, Ismail Md. Noor; Timbalan Pengarah JPN Kelantan, Mohd. Ghazali Abdul Rahman dan Timbalan Yang Dipertua Pustaka, Zahari Daud.

Sambil memuji usaha JPN Kelantan menganjurkan pesta buku tersebut, Razali berharap ia dapat membantu meningkatkan kecintaan masyarakat terhadap buku dan meluaskan kegemaran membaca.

Sementara itu Ismail dalam ucapannya berkata, walaupun mengikut kajian tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin baik tetapi masih rendah berbanding dengan kebanyakan negara lain.

Katanya, kajian seorang pensyarah Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah pada tahun lalu mengenai tabiat membaca di kalangan mahasiswa mendapati secara purata mereka membaca hanya 12 buah buku dalam tempoh tiga tahun pengajian.

”Bilangan itu jauh lebih rendah berbanding dengana mahasiswa di Australia sebanyak 180 buah, Indonesia (94), India (130), Thailand (56) dan Brunei 26 buah,” katanya.

Katanya, kajian juga menunjukkan mahasiswa negara ini secara purata hanya membeli empat buah buka semasa tiga tahun belajar di universiti berbanding dengan Australia 160 buah, Indonesia (43), Thailand (31), India (75) dan Brunei 15 buah.

Dalam pada itu, beliau melihat cabaran besar kepada penulis dan penerbit buku dalam era digital sekarang dengan terdapatnya segala macam bahan bacaan melalui Internet.

Katanya, masyarakat mula melupai buku yang terkandung di dalamnya ilmu pengetahuan yang lebih mendalam dan diyakini berbanding dengan paparan di Internet.

”Tabiat membaca mungkin bertambah kerana apa yang ada dalam Internet dan blog biasanya cukup menyeronokkan, penuh dengan gosip serta kaya dengan khabar angin dan fitnah yang sensasi.

”Tetapi pada hakikatnya nilai ilmu pengetahuannya kosong dan tidak beretika berbanding dengan buku. Akhirnya tabiat membaca buku kian luntur,” katanya.

Blogged with the Flock Browser

Tags:

Revolusi Semut

May 13, 2008

sambungan…

Petikan dari Antologi Blog DONGENG SEHELAI NON-KERTAS, 2003

 

Weblog sebagai fakulti baru di dalam mediasiber telah menonjolkan ‘kebakatan, keupayaan, dan kepengaruhan’ yang cukup besar ke atas peranan-peranan menyebarkan informasi kepada massa secara lebih operasional dan konkrit. Meski weblog terpenuh dengan ‘epilogicus’ pemperibadi namun sejak akhir-akhirnya kebatasan tersebut telah diuraikan di mana weblog telah dibawa masuk ke arena media besar, yang bukan sahaja mencabar kredibiliti media tradisi seperti akhbar, majalah, dan penyiaran. Weblog yang telah mencapai kebangunan saitek terbaik dengan kebolehan mengindeksikal bahasa verbal dan visual secara interageratif akhirnya menunda harapan baru kepada misi kebebasan informasi. Weblog telah menjadi fakulti media yang menggerakkan reformasi akal fikir dan akal rasa dalam sejarah pemajuan media oleh manusia.

Harapan ini ditunjukkan oleh PENGARUH WEBLOG MEMASARKAN IDEA DI DALAM PIRAMU 11 Malaysia DI MANA PENGUASAAN MEDIA KLASIK telah tersingkir bukan sedikit. Malah pengaruh weblog juga menonjol dalam PEMILU di Amerika SyarikatGermanAustriaJepun dan terbaru sekali kejatuhan Jose Aznar di Sepanyol… ini ditegaskan bilamana tragedi 11 MAC telah dikerjakan dengan cukup baik oleh para penulis entri weblog di Sepanyol bagi menyatakan dan menggerakan demonstrasi massa untuk bangkit melenyapkan Partai Konservatif dari persada politik Madrid. Maka di Malaysia tidak kurang kebangkitan para pengamal weblog untuk mengambil alih tugas media klasik dalam menyampaikan informasi yang pelbagai kepada massa, antara yang cukup menarik ialah yang diasakan oleh Pakdi.


“The Net is ideally suited for a grassroots movement… that’s what our generation wants”, kata Mark Pincus, pengasas Tribe Networks.

Weblog jika digerakkan dan dirancangkan dengan baik akan menjadi suatu kuasa baru yang menjana pertumbuhan keintelektualan massa, meski tidak dinafikan weblog pada suatu kedudukan penilaian ialah berfungsi sebagai suatu seni subversif. Subversif kerana weblog digerakkan oleh para pemaju dan pengamalnya berdasarkan ’sebab’ yang bergerak dari peribadi, yang menyatakan kandungan peribadi, yang menghuraikan hal ehwal sekongkol peribadi, yang memungkin weblog mempunyai kecondongan ke satu arah, kiri atau kanan, namun dalam hal ini pada prinsip gerakan pemikiran ia adalah proses pembebasan dari penaklukan akujanji dan akta keselamatan ‘dalam’ yang sekian banyak menyebabkan media tradisi menjadi terlalu bodoh dan dipenuhi dengan kerja-kerja pembunuhan kebijaksanaan rasional dan daya intelektual. Sifat weblog yang terbuka, independens dan mempunyai budaya sendiri membolehkan weblog berfungsi sebagai lapangan pemajuan gerakan kalabudaya dan ekoposial massa dari bawah permukaan budaya popular yang sering dibawa oleh media popular. Weblog mempunyai nilai kepada kebangkitan maklumat yang lebih konstruktif, yang lebih kenyal, yang lebih berwibawa dalam mencetuskan pertembungan dan pengolahan ke atas nilai, identiti, dan membentuk penciptaan nilai dan identiti hasil dari keseimbangan plus minus idea yang tersampai lewat entri penulis dan respons pembaca. Weblog membuka frama pembebasan akal fikir dan akal rasa dengan kecepatan melebihi kudrat yang terada apa pada media klasik atau media popular yang kebanyakkan bergerak dari satu pihak dan berpihak kepada satu pihak tanpa mempunyai hubungan timbal tindak balas pada masa informasi itu diberitahu. Bambi Francisco dalam blognya The Bottom-up Net Society ada menyebut bahwa ‘the bottom up movement’ ialah “just as storylines evolve based on the interactions of the people that make up reality TV, the Internet is a channel where ideas, processes, political agendas, or Web sites are less scripted, presented and disseminated in a top-down format, but rather discovered and given merit in a real-time show of virtual hands…

Dalam isu kepolitikan nasional, sebagaimana tentang isu politik di Malaysia sendiri, kedudukan weblog pada akan datang adalah besar. Ini kerana sifat politik yang autokratik, punah demokratik, dan begitu konservatif sebagaimana yang berlaku di Malaysia saat ini dengan segala macam akujanji, akta-akta, hukum dan hakam, dan arahan yang melampaui batas perlembagaan dan aspirasi demokrasi dan liberalisasi masyarakat sebagaimana keperluan pada sebuah zaman pasca moden memungkinkan akan wujudnya gelombang penjulingan bila mana masyarakat mula lari dari kepercayaan ukiran (yang dibentuk oleh arahan dan undang-undang) kepada kepercayaan tulen (yang dibentuk oleh kebijakan fikiran dan kewarasan perasaan). Hal ini bukan mudah, tetapi ia adalah asa kepada pembangunan manusia di Malaysia khususnya dalam memperjuangkan keadilan ekoposial dan keidentitian kalabudaya. Weblog akan menjadi sebuah institusi yang diam di bawah permukaan popular besar tadi yang mempunyai pengaruh kepada massa dan akhirnya membentuk komuniti semut yang cukup kuat. Revolusi semut adalah suatu bentuk gerakan pengukuhan dari dalam sarang, ke atas kumpulan kecil, yang kemudian akan berkembang menjadi suatu komuniti besar, yang kelihatan kecil tetapi mempunyai kesan apabila bertindak. Ini jelas jika dilihat pada perkembangan Geju, salah sebuah komuniti weblog di Malaysia, yang sudah mempunyai ’semut’ lebih kurang 600 orang, dan dari setiap ’semut’ 600 ini akan membentuk komuniti masing-masing sama ada bernaung di bawah sarangan blog yang dibina atau menjadi pengunjung yang berhubung. Dalam catatan semalam, laporan oleh statistik server, Chello.at, gaharasiber telah dikunjungi dari jam 3 petang 12 haribulan sehingga jam 3 petang 15 hb pada kadar 78 000 turis dan kemuncak berlaku pada jam 8 malam di Vienna bersamaan jam 2 di Malaysia, dengan kunjungan mencecah 12 000 lebih. Kedudukan grafik turis ini menyatakan weblog adalah kuasa baru di masa depan yang merealisasikan penciptaan www untuk mendedahkan dan membangunkan gerakan kalabudaya dan ekoposial secara terbuka kepada manusia. ‘Der Net’ atau dalam bahasa Melayu mungkin boleh ditulis sebagai ‘Di Net’ ialah ‘ruh’ terbaik kepada pembangunan gerakan ’semut’ yang berkembang dalam kebolehan berfikir dan bertindak secara lebih bebas dan terbuka sebagaimana yang dikehendaki oleh generasi sekarang. Seperti kata Pincus tersebut.

Maka kita akan lihat dalam operasi Pilihanraya ini, dan akan datang, bagaimana gerakan ’semut’ akan mula menentukan fungsi dan kesan kepada sebuah pembinaan negara.

KEPUSTAKAAN

 

Terry Winograd, Fernando Flores. Understanding Computers and Cognition: A New Foundation for Design. Addison-Wesley Publishing Company, 1987
Charles Spinosa, Fernando Flores. Disclosing New Worlds. MIT Press, 1999
Rachel Gibson. Paul Nixon. Stephen Ward, and Marco S Tavanti. Political Parties and the Internet: Net Gain? Routledge, 2003.
Biz Stone. Blogging. New Riders, 2002
Salam Pax. Salam Pax. Grove Press, 2003

Sambungan…

Petikan dari Antologi Blog DONGENG SEHELAI NON-KERTAS, 2003

Malaysia memang sudah cukup terkenal akan kewibawaan ‘media kong kong’: media yang dikuasai oleh Penguasa dan bercakap tentang hal ehwal mempertahankan hegemoni dan autoritarian Penguasa sehingga langsung tidak ada ruang kepada penjanaan perdebatan dan perhujahan akal fikir dan akal rasa di antara Penguasa dan rakyat terbanyak bagi mendapatkan jawaban kepada isu-isu ekoposial dan kalabudaya secara intelek dan bijaksana. Melihat kepada media nasional, khususnya yang dilabel sebagai media perdana, boleh dikatakan 98 peratus kandungan bahan di dalamnya, dari berita sehingga ke rencana adalah ‘mein kamf’ kepada Penguasa yang mana seolah di Malaysia langsung tidak berpunyai masalah ekoposial dan kalabudaya. Sedangkan pada tanah realitinya, di Kuala Lumpur sendiri sebagian besar rakyat masih miskin dan dikejami oleh pembangunan yang memisahkan tanggung jawab sosial sehingga kemelut perumahan, pengangkutan, alam sekitar, kemudahan awam seperti hospital dan sekolah serta institusi pembangunan ekoposial lain belum dapat diselesaikan. Masalah pengangguran di kalangan rakyat semakin meningkat dan kemudiannya dituduh Bahasa Melayu sebagai penyebab. Masalah penyalahgunaan dadah semakin serius dan kemudiannya dituduh Afrika dan Burma sebagai penyebab. Langsung tidak ada ‘kebenaran’ untuk media dan rakyat saling berkomunikasi dalam menyelesaikan krisis ekoposial ini. Oleh itu untuk memberi harapan kepada media Malaysia agar bermain peranan dalam membangunkan identiti dan ekoposial rakyat Malaysia secara terbuka dan intelektual adalah sama kita mengharapkan kepada kaum kera di belantara agar menanamkan sendiri pisang yang hendak dimakan oleh mereka. Sia-sia.

Ghairah. Tahniah. Nampaknya pencarian kepada media independen yang boleh bersampai informasi secara lebih terbuka, lebih realismus, lebih demokratik, lebih pelbagai, berpihak dan menentang terjawab dengan kemunculan beberapa weblog oleh para ahli politik yang menyertai diri ke dalam PILIHANRAYA (PEMILIHAN) UMUM MALAYSIA (PIRAMU) ke 11. Antaranya weblog yang diusahakan oleh SIVARASA RASIAH dan ini membuktikan bahwa kuasa sizilium dan pengaruh wacana siberismus akhirnya menjadi pemacu kepada gelombang baru media sedunia. Malah hari ini dengan jalur perkembangan lebuhraya www mencapai ke tahap garis mantap dengan pemilikan komputer mencecah 70 peratus dari keseluruhan penduduk Malaysia, dan dunia umumnya menyatakan media tradisi seperti akhbar dan televisi akan berada pada garis terlanjur yang menurun dan tidak berpengaruh lagi. Proses ini sedang berlaku apatah lagi saat ini weblog bukan lagi sebagai genre kepada siberismus sebaliknya telah berfungsi sebagai ‘fakulti’ baru di dalam media. Kekuatan weblog akan bertambah dengan kemajuan inter-siber yang sedang terkini iaitu pertumbuhan industri webcam, radionet, tivinet, sinemanet dan lain-lain malah seawal tahun 2005 dijangkakan weblog akan berupa paras sebagai media kompleks yang lengkap dengan semua sistem media tradisi kedapatan di dalamnya.

Lihat saja pada gaharasiber ini sendiri, dengan aplikasi ‘webuch’ atau buku blog boleh memuatkan kliping akhbar, televisi, sinema, malah boleh menyiarkan audio semi radio 24 jam. Maksudnya jika ceramah hendak diadakan melalui skrin blognya boleh diadakan serta merta dan dalam masa beberapa minit saja akan dapat didengar oleh massa. Maka weblog akhirnya akan membiarkan Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, dan segala media klasik semacam ini berada lewat di ujung belantara, sekadar mengacau orang kampung yang pasti esoknya, bila anak-anak yang bijak sudah pulang, semua ini akan meletakkan media klasik ini di dalam arkib seperti mana kehendak para penguasa dan pemilik mereka sekarang ini yang masih tidak mahu membuka mata, dan memilih untuk menjadi orang-orang di zaman primitif dulunya. Berada di gua, dan kerana takut kepada petir, lalu membuat maksim, Batu Belah Batu Bertangkup dengan harapan mereka begitu berkuasa. Yekk!

Seronok. Pada setiap kali PIRAMU di Malaysia, sejak kebangkitan reformasi pada 1998, maka kelihatan puak oposisi mendahului dari segi kebijakan menggunakan saitek siberismus. Ingat masih pada Pemilu sebelum ini, ketika krisis Anwar Ibrahim menguasai segala gelegak pikiran dan perasaan rakyat telah tumbuh hampir 3000 situs bebas, baik yang berpihak kepada gelombang reformasi maupun yang mengekang kebangkitannya, dan seluruh kempen PIRAMU 10 berlegar di dalam skrin siber lantaran Penguasa masa itu mengongkong media tradisi ke tahap harga sekeping getak sekerap. Busuk sekali… dan nilai 3 sen se’kati’/ se’dacing’. Parti-parti oposisi seperti PAS dan keADILan menampikan situs yang penuh ketrampilan, bukan saja gaya situs yang begitu ‘masa depan’ malah menonjolkan kuasa siber berada di kalangan pengikut mereka. Dan PIRAMU 11 sekali lagi menunjukkan oposisis berjaya mendepani kependidikan media bila kebanyakan media mereka bukan saja berwarna intelektual, malah berjaya bersampai berita lebih pantas daripada media klasik, dan juga media siber milik media klasik. Pengumuman kemenangan percuma BN di Johor seawalnya diperolehi dari Harakahdaily dan beberapa jam kemudian baru diperolehi dari media milik media klasik. Sudah tentunya kemunculan WEBLOG (meski beliau tidak menyertai mana-mana kumpulan Geng Jurnal (GEJU) dan tidak berada dalam forum Gejuis selama ini, tetapi pemakaian blog sebagai alternatif media kepada beliau menjadikan beliau sebagai ahpol blog pertama di Malaysia bersama Sivasa Rasiah. Weblog DATUK YEOP ADLAM CHE ROS, bertema People’s Ambassador menjadi bukti kuasa blog menerajui kuasa politik masa depan. Justeru itu nah! Marilah para Gejuis semua kita menunjukkan lagi kehebatan blog sebagai fakulti media yang berkuasa dalam membina tamadun masa depan kita sendiri! ! !

Duta Rakyat (klik di sini untuk ke weblog beliau).
Semoga beliau akan menyertai Geng Jurnal apabila selesai PIRAMU 11 nanti dan Gejuis pula dapat belajar dari seluruh pengalaman beliau selama ini. Gaharasiber MURING-WIEN Cyberathaus merakamkan doa selamat berjaya dan sekira Allah memberi kemenangan maka ingatlah ’seluruh rakyat di negara ini’ sedang menanti perubahan khususnya desakan untuk membebaskan institusi pendidikan daripada cengkaman politik dan mengangkat institusi pendidikan sebagai tempat pembijakan dan pengintelektualan bangsa berlaku tanpa sebarang tangan hitam berkuku tajam, dan kuasa ‘Raja Bersiong’ berada di dalamnya. 

Petikan dari Antologi Blog, muring-wien, DONGENG SEHELAI NON-KERTAS, Vienna, 2003

 

Salam

Memandangkan sampai ke hari ini, percakapan berkenaan blog alias weblog alias jurnal masih non-henti maka di sini, bagi menarik sehelai selimut dari katil sejarah, saya kebas-kebah apa yang pernah saya tulis berkenaan BLOG, WEBLOG, JURNAL ini dulu-dulu. Waktu itu masih berada di tanah orang, Vienna Austria.

Sepanjang tahun 2003: manusia dan dunia; dunia dan manusia; manusia dan manusia; dunia dan dunia, telah menempoh beberapa peristiwa besar yang terlalu banyak untuk disebutkan, dan sudah tentu yang paling mendapat perhatian oleh para penulis jurnal atau weblog sedunia ialah PEMBUNUHAN UMAT PALESTINA secara berterusan oleh tentera ’saruman’ Israel. Pasti sudah yang paling mendapat perhatian ialah peristiwa baru berlangsung iaitu PERANG IRAK yang dikobarkan oleh negara bangsat Amerika yang dipimpin oleh seorang Presiden Negara paling kejam dalam sejarah dunia iaitu George Bush (jika Hitler saat ini masih hidup, barangkali George Bush akan membunuh diri kerana takut…), dan disokong oleh dua rakan diktator yang juga paling berbahaya kepada dunia yakni Blair (Perdana Menteri Negara Kolonial yang kalah, Britain) dan Sharon (pembunuh pertama yang menjadi Perdana Menteri, apatah lagi bagi sebuah negara haram yang diwujudkan oleh Kolonial Britain yang kalah, dan sekarang dipelihara sebagai anak angkat oleh Amerika. Sharon terlibat dalam pembunuhan secara besar-besaran umat Palestina yang terkepung dan tidak bersenjata, di khemah Pelarian Sabra dan Shatila pada 1982, dan kejadian ‘The Rape of Palestine‘ ini berpuluh kali ganda dasyat dari ‘The Rape of Nanking‘.  Peristiwa kejahatan Bush-Sharon-Blair yang mengirimkan bala tentera ‘Sauron’ ke bumi Salehuddin Al Ayubi dan memulakan adegan ‘The Rape of Irak‘, pembinasaan danpenaklukannya telah mencetuskan perkembangan besar dalamngenre penulisan weblog apabila massa siber dikejutkan dengan kemunculan situs SALAM PAX yang membuat konon lapor-lapor secara langsung dari Baghdad. Weblog ini telah menghebahkan berita semasa tentang kedudukan dan keadaan peperangan tersebut meski Baghdad telah terputus (diputuskan oleh tentera Sauron) akan bekalan elektrik dan  dimusnahkan segala kemajuan sebelumnya termasuklah kemudahan siberismus. Dengan kata lain dalam suasana peperangan yang hancur binasa ini tidak ada satupun kemungkinan ada penduduk Baghdad yang masih menggunakan komputer lantaran semua talian telekomunikasi dikatakan telah dimusnahkan oleh askar Amerika dan sekuru celakanya bagi mengelakkan pasukan tentera Irak melancarkan gerakan susulan. Namun, semua ini tidak dikisahkan oleh para pengarang blog termasuk Salam Pax. Salam Pax akhirnya mengambil peluang ketagihan informasi pelbagai sudut dan ruang, mayatilik dan objektif apabila muncul sebagai blok yang menghidangkan entri sensasi tentang situasi kronologi perang ini dan menjadikan weblognya di antara weblog paling tersohor sejak sejarah weblog bermula. Di samping muncul juga ratusan weblog yang masing-masing mengheret mirip agenda, meski ada yang sedikit menyentuh sama ada pasal kemasyarakatan melalui entri yang bercakap tentang hak-hak kemanusiaan, kekejaman peperangan, kematian dan kemusnahan akibat tindakan zalim Bush-Sharon-Blair ini. Irak dan para gejuisnya merampas sebagian besar pemerhati jurnal sedunia dan massa siber. Kebanyakan pembaca weblog bertumpu kepada weblog yang mengangkat kebicaraan tentang kedudukan semasa perang di Irak sepenuhny. Dunia siber semacam berpusing 180 digri satah horizontal ke Baghdad. Weblog berisukan perang oleh tentera Amerika ke atas Irak menguasai 2 pertiga daripada jumlah akses www sehari dan menjadi fenomena baru di dalam kehidupan masyarakat, khususnya mereka yang masih priadara. Pendek kata tahun 2003 memperlihatkan telah tumbuhnya suatu bentuk budaya, mungkin masih di tahap belum budaya popular iaitu budaya weblog malah ada sebagian weblog telah berada di persada kecemerlangan dengan jumlah pembaca melebihi jumlah pembaca akbar-akhbar berbahasa Inggeris di kebanyakan negara barat. Malah perkembangan suarjagat ini membawa impak yang sama kepada pembangunan gengre weblog di Malaysia di mana dianggarkan sehingga hari terakhir tahun 2003, Malaysia adalah diantara negara pengguna weblog yang cukup meriah. 

Weblog akhirnya menobatkan diri sebagai salah satu lagi genre media yang paling berpengaruh dalam keadaan media tradisi iaitu akhbar sudah tidak boleh diharapkan lagi akibat masalah-masalah fizikal dan ideologi yang dibawa oleh mereka. Media tradisi, khususnya tertanda kepada media cetak seperti akhbar dan majalah; termasuk juga media elektronik seperti televisi dikatakan sudah terhapus sikap bertanggung jawab bagi mendidik dan menjaga keutuhan manusia khususnya nilai pikiran dan perasaan secara intelektual dan jauharibudi kesan campur tangan politik. Media tradisi sudah tidak bermaruh apabila kebanyakkannya adalah mengheret propaganda pihka-pihak dan melenyapkan kepentingan umat terbanyak. Media tradisi sudah menjadi media ‘bangang lagi menghinakan’ apabila objektif intelektual dan kebebasan bersuara telah lupus sebaliknya keluar menjadi otak kepada politik yang kebanyakkan bukan sekadar ’sewek’ tetapi ‘jahat’. Media tradisi; dan yang paling ‘musnah identiti’ ialah akhbar, di mana kebanyakan media ini telah mengabaikan kefungsian ke atas nilai humanismus dan kewarasan pemikiran pula sudah terbuang jauh sebaliknya elemen-elemen sensasi dan propaganda menjadi ‘precious’. Ketagihan untuk mendapatkan informasi yang lebih celik, lebih rasional, lebih kritis, dan ketat humanismus mendorong kemunculan genre weblog. Genre weblog yang dahulunya terasa di atas sifat sebuah diari peribadi yang terbuka bertukar menjadi media independen. Media yang dipercayai lebih jujur, lebih terbuka dan bebas, lebih faham tentang kesedaran berkenaan akal fikir dan akal rasa, lebih menjelma ‘ghoyat’ sosialisasi kerana terjauh dari pengaruh politik dan terjarak dari kekayaan rasuah politik. Buktinya isu Perang Irak atau ‘The Rape of Irak’ di mana pertumbuhan kepercayaan ke atas penulisan weblog begitu berkembang sehingga sebagian pancaindera manusia, khususnya khalayak media moden berpusing ke genre ini untuk mencapai kepuasan menerima informasi. Didorong oleh pikiran dan perasaan membela kemanusiaan maka akhirnya kemuncak pengaruh weblog sebagai media independen tercapai dengan huraian tentang cerita penangkapan Saddam Hussein, musuh Bush yang konon sedang tidur di dalam lubang cacing. Dalam keadaan Amerika terdesak untuk mengesahkan situasi, weblog pula melancarkan kempen dari segala sudut kewarasan masing-masing yang bukan sedikit, ada weblog telah memberi luka parah kepada bontot otak Bush, Sharon dan Blair.

Weblog atau jurnal siber bukan sekadar berkembang sebagai genre yang digunakan oleh para penulis yang memenuhkan harapan dari kemajuan siberismus dan sizilium sedunia bagi mengambil alih peranan diari kertas dengan kisah-kisah peribadi dari hal ehwal tidur, makan, jatuh cinta, putus cinta, dan berjalan keliling kampung tetapi telah berjaya dari satu sudut dan satu bagiannya apabila weblog telah mendefinisikan gerakan sebagai genre ke arah cara memimpin dunia, apabila entri-entri mula bergerak ke satu dimensi yang lebih besar, lebih intelektual dan lebih akademik.  Isu Perang Irak menjadi ujian kepada garis pemikiran para blogger atau gejuis dan ia tidak lama, akhirnya mula mengheret webloggers/gejuis untuk membincangkan dan meluahkan akal fikir dan akal rasa yang nyata tinggi, akademik dan genius dan mula meninggalkan isu-isu peribadi kembali ke dalam peti bahan terbuang yang disimpan, dan pemikiran mula diperucapkan dengan lantang, tenang dan penuh ‘berjiwa semangat’. Entri jurnal mula beraktif sebagai suara penentangan terhadap peperangan yang dilancarkan oleh Amerika dengan akhirnya berjaya menggerakkan kebangkitan massa menentang peperangan. Entri jurnal oleh para gejuis sedunia, khususnya dari kalangan penulis siber yang bercakap atas nama Irak mula menyuarakan tentangan, dalam parafrasa dan figura, bahasa abjad angka dan visual, dan mengguna segala kebolehan gelombang emosi, psikosis dan neurosis, fizik dan nomos bagi merangsang kebangkitan suara anti perang di Irak melalui argumentasi ke atas kesan-kesan perang: kehancuran dan kemusnahan manusia; bukan saja soal kematian tetapi kepada soal kezaliman, kejahatan dan sebagainya. Bush dan Saddam menjadi karakter yang mendapat tempat di seluruh entri para penulis weblog dan weblog akhirnya mencapai kedudukan setaraf dengan media yang lain, dan hampir mengambil alih kepentingan media tradisi yang lain. Malah hari ini tidak dinafikan ada (… masih hipotesis) khalayak siber hanya membawa weblog dan membuang jauh saluran akhbar internet kerana sikap menyukai kebebasan kritis yang terdapat dalam weblog itu.

Nah! Weblog dari tangan-tangan, dari akal rasa dan akal fikir para penulis ini akhirnya menemukan suatu jalan perucapan dalam menyampaikan suara benar mereka secara akademik dan intelektual, jelas dan serius. Meski ada kadangkala diperucapkan melalui teknik jenaka, satira, dan berada di paras kesastraan. Namun ia adalah bukti pencapaian genre weblog ini. Namun masih tidak cacat dan tidak membusuk untuk para gejuis bermain dan bergerak di atas halusinasi, imaginasi dan ‘dream’ peribadi namun hakikat keletakan asa ilmiah adalah paling penting kerana dari jurnal, ramai massa yang menjadi pembaca, maka kita tidaklah mahu mengheret mereka kepada suatu rupa dunia tolol yang terpenuh dengan sifat-sifat nenek kebayan dan pari-pari rimba sahaja, kerana dengan itu kita akan berdosa menjadikan mereka kembali sebagai manusia purba sebagai mana sikap media tradisi seperti akhbar dan teleivisi selama ini. Weblog dan jurnal sesungguhnya tidak menolak deskriptif naratif, rekacipta cerita, dan sama sekali tidak menentang kewujudan elemen propaganda dan spekulasi, apatah lagi teks-teks yang dihubungkan dengan kesasteraan dan kebudayaan seperti sajak, cerpen, novel, drama, nyanyian dan seumpamanya kerana jurnal siber adalah suatu genre sizilium yang sifatnya memadatkan segala benda menjadi suatu nilai utama, malah weblog begitu mengharapkan dengan kemasukan genre-genre seni sains di luar kerangka siber akan mengukuhkan lagi kedudukan genre weblog sebagai jentera siberismus yang berkesan di dalam misi kependidikan dan penyebaran maklumat iaitu asas kepada falsafah siberismus. Namun jika weblog itu terpadat dengan bahan-bahan ini yang bersifat bahan buangan, yang tidak lebih sebagai hasil perkumuhan maka ia adalah suatu yang cukup membusukkan. Suatu hal yang tidak membawa manfaat kecuali mengundang masalah, penyakit dan tragedi. Seperti di awal tadi jurnal siber adalah jurnal maka sebagai jurnal ia adalah menyatakan kedudukan jurnal sebagai bahan pengetahuan yang mempunyai helaian-helaian seminar ilmu yang jelas. Tidak dinafikan ada kala massa cuba lari dari kongkongan hal ehwal pikiran yang berat dengan mengalih kepada sifat-sifat perasaan tetapi perasaan itu tidak semestinya menjadikan gejuis mencatat sesuatu yang bukan dari asa, yang hanya bersembang atas nama mencari nama meski kepencarian nama itu banyak mengheret kesia-siaan dari segi masa maupun ruang, dan hidup sebagai manusia. Jurnal sepatutnya berfungsi sebagai motor yang mempunyai kuasa untuk menggerakkan kita ke suatu destinasi yang lebih baik dan sempurna. Dan tidak ada destinasi yang lebih baik dan lebih sempurna selain daripada membawa diri dan manusia kepada kedamaian dunia dan ketaatan kepada Tuhan Maha Esa.


MONTAGE
25 haribulan 12, 6 hari sebelum kedatangan 2004, dalam keadaan entri penderitaan dan kesengsaraan umat di Irak, bahkan di Palestina dan di kebanyakan negara lain belum pun habis menjadi tema yang terpenting dibahaskan, diucapkan, diluahkan, dan dipekikkan di dalam weblog, maka hari ini suatu peristiwa dahsyat telah berlaku di Kota Purba penuh sejarah Bam, di Iran apabila terjadinya GEMPA BUMI yang cukup kuat dan berita kehancuran kota ini mendapat tempat teratas di kalangan para penulis sizilium. Gempa bumi yang dikatakan telah meragut hampir 30 ribu jiwa ini merampas kedudukan perang Irak sebagai tema utama entri weblog alias jurnal sedunia. Satu demi satu weblog muncul melaporkan secara dekat, lebih pantas daripada siaran penuh putar belit CNN dan rangkaian media milik Murdoch yang lainnya. Jurnal alias weblog telah membawa orang ramai ke Bam secara langsung dengan berita yang lebih lengkap dan tepat seperti yang diusahakan oleh jurnal TECH GURU ini. Hasil dari pembuahan pikiran dan perasaan para gejuis di Iran tentang penderitaan yang harus dikongsi, tentang kemanusiaan yang harus dipenuhi, dan nilai serta identiti yang harus dibangunkan maka mereka berkumpul dan menjadi suatu pasukan penggerak yang cukup berkesan di dalam menyelesaikan dan memberi bantuan dalam sebagian masalah masyarakat. Mereka tidak lemas dalam dunia jurnal dengan aktiviti-aktiviti sia-sia. Mereka tidak mundur ke belakang sebagai kaum yang hidup melihat tanpa berbuat, yang menjerit sebagai manusia insomnia yang tidak dapat tidur atau meratap sebagai orang yang hilang waras. Mereka menjadi pemacu dan menyokong tamadun.

Jurnal sudahnya benar-benar telah menjadi salah satu media yang berfungsi sebagai dokumentasi intelektual dan akademik yang cukup padat dan ketat. Penulisannya bukan saja bersifat buku rujukan atau bahan ilmiah yang keras tetapi dengan adanya unsur-unsur emosi atau pathos melalui perucapan-perucapan akal rasa para penulis menjadikan weblog sebagai satu-satunya genre media yang mempunyai nilai hayat. Penulisnya membawa berita dan maklumat ke dalam perucapan fiksional yang cukup menyatakan fizikal dan spiritual. 

ANEKDOT.
Namun sayang, perkembangan jurnal siber atau weblog yang berlaku di dunia ini tidak banyak mengubah situasi weblog di Malaysia. Arus weblog menjadi bahan dokumentasi ilmiah tidak tersentuh kepada weblog di Malaysia. Weblog di Malaysia, seperti yang terpunya oleh kebanyakan para penulis yang ada di dalam Geng Jurnal (GEJU) masih berada di paras diari-diari peribadi yang ditulis semasa hendak tidur dan untuk disembunyikan di bawah bantal sebelum air basi meleleh dari tepi bibir dan membentuk peta busuk yang disebut sebagai peta dunia penulisnya yang lena amat itu. Weblog di Malaysia, melalui entrinya masih bersenggama di dalam cerita-cerita pra dongeng, pra hikayat, dan pra ilmu di mana kisah-kisah cinta kera, sakit demam, dilarikan hantu, diusik nenek kebayan, dan buk bek buk bek seputar alam yang dibikin sendiri, yang tidak bersentuh dengan realiti, yang tidak berlihat kejadian dunia keliling, menjadikan sebagian dari weblog di Malaysia hanyalah sekadar sehelai kain yang nipis yang menampakkan ketelanjangan diri sendiri. Isu-isu masyarakat langsung tidak diangkat sebagai tema dan kebanyakan cuba menjarakkan diri dan melarikan diri dari teks-teks bersifat ilmiah dan akademik, yang boleh membangunkan identiti dan nilai masyarakat. Mungkin ada benar takut untuk dituduh terlalu bijak, tetapi yang terlihat ialah perhatian kepada hal ehwal hiburan, suka suka, hu ha hu ha, menguasai segala-gala. Bukanlah salah untuk menulis tentang ketawa dan hidup yang hepi, kerana weblog adalah diari peribadi secara lahiriahnya, namun bahasa ketawa dan cerita hu ha hu ha itu akan menjadi lebih bermakna sekira kita gerakkan di atas kesedaran membela dan membina bangsa yang sendiri diketahui masih jauh untuk mencapai tahap cemerlang. Dalam dunia yang berkembang di atas pengaruh globalisasi dan glokalisasi ini sudah tentu menuntut masyarakat seperti yang terwakil kepada penulis jurnal atau weblog untuk memberi sumbangan fikiran secara kritis agar darinya tumbuh suatu ideologi, suatu gagasan, suatu rancangan yang memungkinkan cita-cita mencapai aspirasi sebagai sebuah bangsa dan negara yang murni akan tercapai. Dunia bukan sahaja kepunyaan para pejoget tetapi dunia dalam sejarahnya dibina dan dijaga oleh para pendita.

Masyarakat bukannya berkembang di atas hiburan, tetapi dengan ilmu dan pengetahuan. Bukanlah salah kita menari dan menyanyi tetapi untuk menjadikan seluruh negara sebagai Akademi Fantasia adalah suatu yang malang. Tidak dikatakan gila sekira seluruh rakyat menjadi artis, penari, pelakon, dan penyanyi kerana hakikat kepentingan hiburan dalam elemen seni adalah nyata tetapi jika itulah perhatian yang diberikan dan itulah cita-cita yang mahu dimajukan maka sudah tentu masyarakat itu tidak ubah masyarakat yang tidak menemui jalan untuk bersedia dengan cabaran menjelang kematian. Cabaran untuk menempoh dunia yang lebih abstrak. Dunia yang lebih pragmat. Dunia yang mengakukan kedudukan kemajuan di atas keupayaan menakluk saitek. Dunia yang mengiktiraf kecerdikan lebih utama berbanding tarian dan joget rambung di kelab malam. Maka kemajuan masyarakat adalah dijenterakan oleh kebijakan dan kebolehan mengendalikan dan menghasilkan teknologi, kerana dunia ini meletakkan pengaruh itu secara keras di samping kekuatan nilai dan identiti. Untuk mencapai ini maka ia harus digerakkan dan dimotorkan dengan ilmu dan ilmu itu terwujud di dalam kependidikan. Jika kita lihat bagaimana para penulis weblog di beberapa negara yang lebih miskin konon dan konon dari Malaysia seperti Irak dan Iran maka kita akan berasa betapa malunya kita kerana masih bercakap tentang hantu dan pelesit, dangdut dan joget, sedangkan mereka sudahpun masuk ke dalam isu masyarakat dan kehidupan yang sebenarnya. Barangkali kita sudah cukup untuk membaca dari ‘Salina’, mendengar dari ‘Rokiah Ronggeng / Ronggeng Rokiah (Judul Sebenar)’, dan menonton ‘Sembilu’ dan ‘Mami Jarum’ kerana semua itu telah sekian lama dan begitu banyak membuatkan paru-paru kita menjadi ‘edan kesmaran’, jika kurangpun menjadikan kita ‘biang miang’ dan saat ini kita memerlukan pula teks tentang seorang ulamak atau guru besar, atau pemimpin kampung, atau seorang pria muda yang kacak membawa masyarakatnya ke kakilangit di mana tamadun berada. Tidak mungkin, joget itu tamadun kita…

Sudah tiba kita melihat tindakan masa depan dalam struktur yang lebih terancang. Bak kata orang, tidak salah kita bermain bowling kerana ia juga menyihatkan, tetapi malang jika kita asik bermain bowling dan ketawa, dan hilai hai hai hai, sedangkan pada masa yang sama beribu manusia lain sedang terapung mati lemas akibat banjir kilat dan sebagainya sedangkan kita tahu, tetapi kita bekukannya menjadi batu. Jika kita menulis dan menyatakan hak tentang ini sebelumnya, setidaknya ada yang akan tersampai kepada angin mahupun kaki langit dan singgah di mana-mana kantor birokrat dan menghentak kepada Perdana Menteri agar lihat ke Kampung Baru, Kampung Sawah Sempadan, Kampung Binjai, Kampung Nangka, malah bandar Kuantan pun masih banyak masyarakat kita menjadi Palestina di negara mereka sendiri. Sampai bila kita mahu menjadi kera dalam keadaan kita mempunyai nilai untuk memenuhkan sifat manusia yang sebenarnya.

Lord of the Ring (LOTRI) adalah suatu entri yang boleh dipelajari. Bagaimana watak membina ‘management‘ dalam menjayakan misi masing-masing, dari satu babak ke satu babak, dari satu situasi ke satu situasi, dari satu perang ke satu perang, dari satu teritorial ke satu teritorial dan akhirnya kita mengesani bagaimana kesudahan ditentukan oleh fikiran yang rasional dan sikap yang waras, dan identiti yang keras. Kita tidak mahu satu hari nanti kita menjadi Gollum – kerana selama inipun masyarakat kita telah sekian kali hancur kerana watak-watak semirip Gollum ini. Untuk mengelakkan kita menjadi Gollum maka tidak ada jalan yang lain iaitu kita kembali kepada identiti. Kita kembali kepada nilai. Kita kembali kepada ilmu dan pengetahuan secara hakiki.



Sudah tiba para penulis weblog Malaysia menjadikan weblog sebagai genre penulisan siber yang menggerakkan nilai-nilai akademik dan intelektual, bukan sebagai sebuah buku teks, tetapi sebagai suatu hasil akal rasa dan akal fikir, yang mengutip pengalaman diri dan pengalaman manusia, dan pengalaman dunia untuk menggerakkan asa kepada pengjanaan masyarakat yang lebih dinamik. Cukuplah kita bergerak di antara lorong-lorong balingan bowlings, bersembang tentang hantu di hutan dan jin di kandang kerbau, atau tentang kisah-kisah sia-sia kerana kejadah apa yang terhasil darinya, tidak ada, selain dari menyuarakan kegolluman diri sendiri. 

2004 harus menjadi titik kemunculan generasi intelektual yang mempunyai cita-cita kerana di depan pasti ada tanggung jawab kita untuk menyelamatkan Minas Tirith dari segala macam Sauron yang akan muncul… Nah! Jika tidak kepada kita, apakah kepada batu dan kelawar-kelawar hendak diserahkan tugas ini?

SUNDAY, MAY 11, 2008

MENJUNJUNG KASIH

THANK YOU DATUK A KADIR JASIN

Honoured indeed. 

Photobucket

My guru came for the studio recording and made my programme, PERSPEKTIF KITA, so good. 

Thank you Datuk A Kadir Jasin, who is also the guru of many journalists in Malaysia.

The topic of the discussion on PERSPEKTIF KITA = KEBEBASAN MEDIA.

Datuk Kadir spoke on the need for Malaysians to articulate their views on nation building, but they need to do it in a responsible manner.

Together with Datuk A Kadir Jasin were other distinguished speakers — Prof Dr Ahmad Murad Merican of UTP, Prof Dr Safar Hashim of UKM, Dr Abu Hassan Hasbullah of Zentrum Future Studies and Batu Pahat MP YB Dr Puad Zarkashi. 

Among them, they touched many important areas on the need for ‘media yang lebih bebas’ but at the same time responsible.

Don’t miss PERSPEKTIF KITA on Saturday, May 17, 2008 at 8:30 pm, on ASTRO AWANI, Channel 501.

And Datuk Kadir also tolong removed the laundry tag from my jacket during the commercial break… “apalah kau ni Suhaimi, takkan nak nampak smart pun aku kena jadi cikgu kau, meh sini, let me remove the laundry tag from your jacket… haiyooo…”

 

Konvensyen media alternatif bincang hala tuju baru Harakah
Harakahdaily | Foto Nasir Sudin 
Tue | May 06, 08 | 9:07:48 am MYT
 

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) – Seluruh warga kerja Harakah berkumpul di sebuah hotel dekat sini, semalam, bagi membincangkan hala tuju baru akhbar ini terutama dalam menghadapi perubahan politik pasca pilihan raya umum 2008.

 

ImageProgram membabitkan kakitangan editorial, pengedaran dan pengiklanan Harakah berlangsung dalam dua sesi iaitu seminar di sebelah pagi dan pembentangan resolusi di sebelah petang.

Turut hadir Pengerusi Jemaah Pengarah, Dato’ Mustafa Ali, Pengarah Urusan, Dato’ Kamarudin Jaffar, dan dan ahli-ahli Jemaah Pengarah, Mahfuz Omar, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

Dua penceramah dijemput khusus memberikan pandangan mereka iaitu pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah dan Ketua Pengarang Kumpulan Karangkraf, Abdul Jalil Ali.

ImageMustafa ketika berucap menyampaikan penghargaan PAS Pusat kepada warga Harakah yang telah menyumbangkan tenaga sepanjang kempen pilihan raya lalu.

Peranan yang dimainkan Harakah sebagai lidah rasmi parti perlu ditingkatkan terutama selepas Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran lima negeri dan menafikan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat.

Beliau turut mengingatkan wartawan Harakah agar sentiasa melaporkan berita yang benar dan dipastikan kesahihan sumbernya.

Kamarudin pula mahu kualiti Harakah terus dipertingkatkan selaras kenaikan jumlah pengedarannya terutama selepas pilihan raya baru-baru ini.

Manakala Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman menggesa setiap wartawan memperlengkapkan keupayaan diri bagi menempuh cabaran baru yang pastinya lebih sengit terutama untuk memenuhi harapan tinggi pembaca. – tajdid

Bual bicara perjalanan sidang Dewan Rakyat

Awal pagi Selasa 29 April saya kena berkejar dari rumah saya di Ipoh ke Kuala Lumpur. Sudah tu sehari suntuk saya kena berada di ibukota. Pada jam 8 pagi saya diundang menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM 1 manakala pada jam 9 malam pula saya menjadi penal di rancangan Hujah di TV9.

Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia saya bersama Dr Abu Hassan Hasbullah dari Zentrum Future Studies Malaysia bercakap atas topik ‘Wajah Baru Parlimen Malaysia’.

Ia berkisar mengenai langkah RTM menyiarkan secara langsung selama 30 minit sidang Dewan Rakyat.

Saya bercakap atas pengalaman saya sebagai bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di parlimen (BNBBC) dan dua penggal sebagai Ahli Parlimen Larut.

Antara lain saya merasakan siaran langsung selama setengah jam setiap hari sidang parlimen mulai 30 April adalah satu langkah permulaan yang baik untuk mendedahkan rakyat Malaysia khususnya golongan muda mengenai senario sebenar sidang Dewan Rakyat.

Saya juga menyatakan kalau siaran seumpama itu boleh diadakan di parlimen maka pertimbangan harus diberi untuk mengadakan siaran langsung semasa sidang Dewan Undangan Negeri.

Ini kerana sidang Dewan Undangan Negeri tidak kurang penting dalam mengubal dasar-dasar dan berbahas mengenai hal-hal di sesebuah negeri.
Dalam program Hujah di TV9, tanggapan saya bahawa sidang Dewan Rakyat bermula Rabu lalu tetap panas ternyata tidak meleset. Walaupun Prof Datuk Shamsul Amri lebih menganggap rancak.

Parlimen baru-baru ini panas dan kecoh selepas pertama kali disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM.

Program Hujah yang dikendalikan oleh Dr. Agus menjadi lebih rancak dalam membincangkan mengenai ahli-ahli Parlimen yang profesional.

Blog: Medium berkuasa menyampaikan maklumat
May 7th, 2008

Salam sejahtera….

Moga para pembaca blog JC ini sentiasa sihat dan ceria hendaknya. Coretan saya kali ini saya kreditkan buat rancangan Hujah di TV9 yang disiarkan antara jam 9.30-10.00 mlm tadi. Ini kerana coretan saya ini adalah berkisar tentang apa yang dibincangkan di dalam rancangan tersebut. Apa kaitannya perbincangan dalam rancangan tersebut dengan dunia perniagaan internet atau kepada usahawan cyber? Memang topik malam ini pada rancangan tersebut tidak menyentuh secara terus tentang blog perniagaan internet, tetapi ada pengajaran dan beberapa info yang boleh kita perolehi. Baiklah untuk pengetahuan anda yang mana tidak mengikuti rancangan tersebut, tajuk perbincangan pada malam ini adalah berkisar tentang “Blog: Maklumat untuk kepentingan maklumat rakyat atau luahan rasa” lebih kurang begitulah tajuknya. Kalau anda nak tahu lebih tepat masuk la ke laman web tv9 ok atau search kat youtube (sehingga jam 11.50 malam ini, 6 May 2008 belum ada lagi video rakaman, kalau anda nak tengok esok mungkin dah ada)

Menurut Dr. Abu Hassan Hasbullah, salah seorang tetamu rancangan tersebut, blog telah mula menampakkan taringnya sejak Perang di Iraq lagi. Orang ramai dari seluruh dunia akhirnya dapat mengetahui apa yang berlaku di Baghdad Iraq menerusi laman blog baghdad (anda cari lah sendiri tajuk blog tersebut kalau nak tahu, k). Kisah perang, pembunuhan, tawanan dan pelbagai lagi yang tidak dilaporkan oleh media massa Barat, telah disampaikan menerusi penulisan di blog tersebut. Bermula daripada itu, blog telah mula menunjukkan tanda-tanda bahawa ianya akan dapat menandingi media arus perdana dan akan mendapat sambutan daripada warga cyber khususnya. Di Malaysia sahaja didapati terdapat hampir 500 000 laman blog yang terdiri daripada pelbagai jenis dan tujuan.

Berbalik pada perkara atau point utama yang ingin saya sampaikan kepada anda sebenarnya adalah kuasa blog yang sekiranya ianya digunakan bagi tujuan pemasaran perniagaan atau perusahaan internet anda, pastinya akan membuahkan hasil yang memuaskan. Kini jika disebut blog, ianya bukan sahaja semata-mata blog tetapi melibatkan beberapa segmen yang lain seperti youtube, metacafe (sebagai contoh sahaja bagi tujuan video), facebook, portal, jaringan sosial dan lain-lain lagi.

Pada dasarnya saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr.Abu Hassan bahawa blog memberi implikasi yang besar terhadap masyarakat bermaklumat pada abad ke-21 ini. Abad ini adalah abad atau zaman informasi yang mana maklumat terletak di hujung jari sahaja. Sebagaimana kita tidak dapat menolak globalisasi daripada berlaku, begitu juga dengan blog. Teknologi pada hari ini khususnya dengan penggunaan blog, menjadikannya salah satu medium “wajib” yang tidak dapat ditolak oleh kita jika ingin berjaya dan berkembang dalam perniagaan yang serba bermaklumat ini (knowledge-business atau k-business). Ingat, sekarang bukan sahaja electronic busines atau e-business atau seringkali diringkaskan dengan “ebiz” sahaja penting, tetapi pengetahuan (knowledge) di dalam perniagaan itu juga yang semakin ditekankan pada masa kini.

Oleh itu buat anda para pembaca sekalian dan juga buat saya, mulakanlah sesuatu dengan membaca (iqra’) untuk mendapatkan maklumat dan memperolehi ilmu. Kemudian kembangkanlah maklumat atau ilmu tersebut dengan menulis tidak kira di mana anda berada. Dengan teknologi yang ada sekarang ini, blog adalah salah satu medium untuk anda menyalurkan maklumat, pandangan dan mengembangkan potensi perniagaan internet anda untuk dicapai oleh sesiapa sahaja dalam dunia cyber ini.

Kata nasihat: Walaupun menulis blog untuk kegunaan atau tujuan blog peribadi sahaja, tidak mustahil untuk memperolehi atau menjana pendapatan sampingan menerusi internet

Oh ya, saya akan menaiktaraf atau upgrade blog saya ini ke WordPress versi 2.5.1. Ini adalah bagi tujuan meningkatkan keselamatan blog daripada dicerobohi dan fungsi-fungsi lain yang ditawarkan. Ermm jika berlaku gangguan beberapa ketika, harap maaf yer. Tetapi saya akan pastikan blog ini tidak terjejas dalam masa proses meng’upgrade’ nanti. Kenapa saya berkata begitu? kerana saya amat yakin untuk mengupgrade blog saya ini dengan panduan “video upgrade sistem blog wordpress kepada versi terkini” yang terdapat di dalam Pakej Kit Blogger. Memang mudah kerja mengupgrade ini jika merujuk dan melihat kepada video tersebut. Oleh itu, bagi anda yang belum memiliki atau membina blog wordpress sendiri (menggunakan domain name dan hosting sendiri) jangan lupa dapatkan Pakej Kit Blogger sekarang ok. Saya gerenti ilmu dan maklumat dalam ebook, video, pelan tindakan dan lain-lain yang terdapat di dalam pakej ini sangat bernilai dan berbaloi jika anda memperolehinya. Thumb up daripada saya!

Kongsikan maklumat dan artikel ini dengan mengajak rakan-rakan anda melawat blog JC ini. Terima kasih kepada anda yang terus memberi sokongan kepada kami.

Ketika Penulis Blog Ditangkap
Rencana Blog oleh: Subhan Afifi

Tadi malam saya berdiskusi, tepatnya mewawancarai, pensyarah (dosen) jurusan Penyiaran dan Film, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, tentang prasangka budaya Indonesia-Malaysia di Media Massa.

Dua negara yang katanya serumpun itu sering menghadapi masalah dalam hubungan. Citra Indonesia, kalau kita membaca media Malaysia, memang tidak begitu sedap. Judul-judul berita seperti ini dapat ditemui : “Curiga dengan Koloni Indon”, “Indon Asingkan Diri, Enggan Campur Gaul Masyarakat Tempatan Meskipun ada Antara Mereka Miliki PR”, “Geng Indon Pecah Rumah Hujung Minggu Mengganas”, “Malaysia tidak Kemaruk Indon”, “Amah Indon Lega Tinggalkan LCCT”, “Indons and Filipinos Top In Crime”, “Indons Robbed, Woman Rapped”, “Warga Indon dituduh Samun Suri Rumah”, “Indon Cemar KL”, dan masih banyak lagi. KBRI KL telah melayangkan surat protes tentang penyebutan kata “Indon” yang bernada merendahkan itu, tapi tetap saja media masih menggunakannya, walau sudah agak berkurang. Di tataran masyarakat Malaysia, kata “Indon” sudah sangat popular untuk menyebut warga Indonesia dengan konotasi bermasalah.

Media Indonesia pun dikritik karena dianggap tidak berimbang dan sering menjelek-jelekkan Malaysia. “Media Seberang Tak Adil, Stesen TV Lapor Berita Negatif Mengenai Malaysia Setiap Hari”, begitu judul berita Harian Metro 13 September 2007. Begitulah !

Menurut Dr Abu yang juga jadi penyelia thesis PhD saya, citra negatif tentang orang Indonesia di media massa Malaysia atau sebaliknya, sudah sepatutnya dihentikan. Karena era ke-sejagad-an tak lagi menyediakan tempat bagi pertentangan karena hal yang “remeh-temeh”. Persoalan pencitraan negatif, khususnya tentang orang Indonesia di Malaysia, menurut Dr Abu, tak lepas dari aspek ekonomi politik media. “Media-media mainstream Malaysia dikendalikan partai berkuasa, UMNO. Citra seperti itu tak ditemui di media-media alternatif,” katanya. Dr Abu menjelaskan panjang lebar bahwa ke depan, berita-berita yang mencitrakan negatif Negara lain tak akan laku di Malaysia, karena masyarakat semakin kritis dan terbuka.

Dr Abu Hassan merupakan salah satu dosen UM yang sering bersuara kritis. Beliau sering diundang berbagai stasiun televisi di Malaysia untuk menjadi narasumber dalam talkshow-talkshow politik terkini. Komentar-komentar tajamnya terhadap penguasa, tak urung membuat ada salah seorang wartawan media Malaysia bertanya : “Apa tidak takut ditangkap?”. Dr Abu hanya tersenyum dan berkata : “Pak Lah berbeda dengan Mahathir, saya menyuarakan pendapat untuk perbaikan masyarakat,” katanya di belakang setir, ketika mengantarkan saya pulang ke kolej 11, pukul 11 malam.

Tadi pagi, saya terkejut membaca Berita Harian. Dua penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin dan Syed Akbar Ali, ditangkap polisi karena menulis artikel yang dianggap menghasut di blog Malaysia-Today. Ini adalah kali pertama penulis blog didakwa berdasarkan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dengan hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara tiga tahun.

Raja Petra ditangkap karena menulis artikel berjudul Let’s Send The Altantuya Murderers To Hell dalam web malaysia-today.net (25/4/08). Sementara Syed Akbar, dikenakan tuduhan menghasut karena menulis komentar berjudul It Is Easy To Impress The Malays. Itu adalah komentar terhadap artikel Raja Petra berjudul Malaysia’s Organised Crime Syndicate: All Roads Lead To Putrajaya.