Inikah Blog Yang Ke 500,001

April 21, 2008

APR 21, 2008

Inilah blog yang ke 500,001!

Dalam forum bertajuk Masyarakat dan Media Dalam Pilihan Raya 2008, pensyarah kanan Jabatan Media Universiti Malaya, Dr. Abu Hassan Hasbullah mewar-warkan, Malaysia adalah antara negara yang memiliki pengendali laman blog yang tertinggi di dunia selepas Kesatuan Eropah dan Indonesia.

Di Malaysia sahaja dianggarkan hampir 500,000 blog yang aktif dikendalikan oleh pelbagai pihak atas tujuan berlainan.

Angka itu, kiranya ditulis dan diungkap dalam nilai Ringgit Malaysia (RM), wah! setengah juta Ringgit Malaysia pak! Lumayan!

Dan angka 500,000 itu terus ditajuk dan dijudulkan oleh media arus perdana, baik Utusan, Berita Harian, New Straits Times, mahupun akhbar berbahasa Inggeris milik MCA-The Star.

Dr Abu Hassan, kalau pun sebelum ini, buah pandangan dan luah katanya dipetik akhbar banyak berkisar tentang filem dan buku namun pra dan pasca Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12), pemilik koleksi 1,000 koleksi katak itu mulai menjadi orator dalam hal blog, khususnya sebagai instrumen berpengaruh besar terhadap natijah PRU12.

Saya kira, dia benar-benar berhak dan berautoriti untuk memperkatakan sedemikian, bukan saja dek kerana gelarnya seorang doktor keluaran Universiti Vienna, tapi atas inisiatif dan observasi serta kaji selidiknya bersama Zentrum Future Studies Malaysia yang dikepalainya.

Nah! Saya, sejak sekian waktu sebelum ini masih lagi sekadar pengguna atau lebih tepat lagi sekadar penonton dan penumpang fenomena ini. Walaupun sudah beberapa waktu mencuba-cuba untuk menjadi penyumbang juga.

Sahwat untuk memblog membadai kuat diri ketika gelora pilihanraya kampus. Melihat dan ternampak gelagat politikus-politikus kampus; yang rakus dan tidak kurang juga menikus. Ralatnya lagi politik orang bijak bistari ini bertaut pula dengan isu pengundi hantu!

Tak apalah, biarlah langkah mula ini mulai di sini, moga dan harap ada langkah seterusnya. Saya sedar, tahu dan arif, membajai blog ini perlukan komitmen dan istiqamah benarlah dituntut. Insya Allah. Sesungguhnya, sebarang pandangan, cadangan mahupun kritikan adalah dialukan. Insya Allah, saya benarlah mengharapkan komentar, pandangan dan kritikan (kalaupun ada bau kritikan) mendatangkan sesuatu yang baik natijahnya. Salam dunia blog, saya budak baru belajar, andai salah tunjuk-tunjukan.

Bisa mungkin, inikah blog yang ke 500,001 jumlahnya beroperasi di Malaysia?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: