Asasinema Cungkil Bakat Baru Pelajar UM

April 13, 2007

Salam
 
Harian KOSMO, Jumaat 13 April 2007
 
 
Asasinema cungkil bakat baru pelajar UM
Oleh FIRDAUS SAHAT, (HARIAN METRO, Ahad 15 April 2007)
 
BIASANYA filem arus perdana dikuasai pengarah berpengalaman dan ternama. Bagaimanapun perlu diakui, industri perfileman juga memerlukan pelapis dengan idea baru untuk terus memberi nyawa kepada seni negara.
 
 
Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (JPMUM) melihat perkembangan ini dan cuba menyahut cabaran getir itu untuk mencungkil bakat baru kreatif dan berkualiti.
 
Untuk itu, baru-baru ini satu program berjudul Minggu Media diadakan oleh JPMUM bagi memberikan pendedahan kepada pelajarnya yang mengikuti kursus berkaitan industri seni.
 
Minggu Media yang diadakan pada 2 hingga 6 April lalu membawa beberapa segmen bagi menghiasi karya seni mereka, antaranya tayangan Sinema Amatur. Ia merealisasikan hasrat pelajarnya dalam menunjukkan bakat yang ada.
 
Pensyarah Kanan Jurusan Filem dan Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, 37, berkata minggu media yang diadakan itu membawa hasil karya pelajarnya untuk memberikan pendedahan kepada mereka.
 
“Tidak dinafikan buah tangan pelajar dalam pembikinan filem mereka sememangnya masih kekurangan, malah jauh bezanya jika dibandingkan dengan filem arus perdana. Namun setidak-tidaknya mereka didedahkan dengan kritikan membina bagi memperbaiki hasil karya pada masa akan datang.
 
“Karya dan idea yang dihasilkan itu 100 peratus hasil titik peluh mereka, malah kos perbelanjaannya juga tidak ditaja mana-mana pihak. Fungsi saya setakat memberi nasihat.
 
“Segala hasil karya pelajar yang berkualiti akan ditayangkan kepada umum di sekolah, dewan orang ramai dan seumpamanya, tetapi bukan di pawagam besar kerana ia belum cukup baik untuk ditayangkan di situ.
 
“Ini permulaan dalam mengetengahkan bakat dan karya pelajar institusi pengajian tinggi awam. Kami merancang perkara seumpamanya, terutama penghasilan filem karya pelajar, dilakukan pada setiap tahun supaya menjadi perintis,” katanya.
 
Filem ditayangkan pada malam Asasinema lalu berjudul Nazam, menitikberatkan pentingnya semangat setia kawan.
 
Biarpun tidak sebaik filem yang menjengah pawagam, ia boleh dibanggakan dan berpotensi diberi ruang bagi melahirkan bakat baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: