Itu Bukan Urusan Saya

December 2, 2006

Jarum Emas: “Itu bukan urusan saya!”
Adam Salleh, HARIAN METRO, (02 Disember 2006)
 
SELEPAS topik Artis Aibkan Artis, topik Sampai  Bila Kena Bantu menjadikan program Fenomena Seni hangat dan menyengat. Selama satu jam ahli panel, Deddy M  Borhan, A R Badul dan Dr Abu Hassan Hasbullah ‘bertikam lidah’ perihal topik itu, jelaslah tidak terhitung pelbagai masalah dihadapi orang filem, terutama kalangan penerbit filem tempatan.
 
Dana yang disediakan kerajaan belum dapat meringankan bebanan mereka, seperti kata Badul, kos filem, kos tatawarna kian mahal, promosi di TV dalam masa lima saat, RM15,000 terpaksa dilaburkan penerbit begitu memeningkan mereka.
 
Dalam kekalutan mencari penyelesaian, meredakan tekanan, saya tertarik apabila pengacara program, Rosyam Nor, mencelah, “Bukankah orang filem ada wakil di Parlimen, ada masalah lagi kah?”
 
Pertanyaan Rosyam itu tangkas dijawab Badul, “Saya tak tahu itu semua. Itu bukan urusan saya!” Mungkin ramai tidak memahami dialog itu, tetapi pihak media cukup maklum Badul mengajuk kata-kata Senator Datuk Jins Shamsuddin.
 
Dialog itu juga mengingatkan saya ketika ditugaskan untuk buat ‘follow-up’ kes artis ditangkap berjudi di Studio 3 sebumbung dengan Studio Pancha Delima pada awal 1991. Bila terserempak dengan Jins (ketika itu belum Datuk), saya tanya kes itu, dijawabnya, “Saya tidak tahu itu semua.”
 
Tidak puashati jawapannya, saya mendesak lagi, “Macam mana uncle kata tak tahu, jika studio ini terbakar bagaimana?” Dijawab Jins, “Itu bukan urusan saya, itu urusan bomba.”
 
Mengapa dialog itu boleh terpancul dari mulut Badul, barangkali di aantara penggiat seni di tanah air yang kecewa kerana wakil mereka untuk bersuara di Parlimen, lebih selesa membisu seribu bahasa.
 
ADAM:Wakil suara anak seni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: