Fenomena Seni Malam Ini Di RTM1

November 30, 2006

Fenomena Seni malam ini di RTM1
Adam Salleh, HARIAN METRO, (30 November 2006)
 
SAMPAI Bila Kena Bantu. Itulah tajuk yang akan dibincangkan tiga panel Fenomena Seni, malam ini jam 9.30 malam di RTM1.
 
Mereka yang diundang untuk mengupas isu itu, pensyarah media, Dr Abu Hassan Hasbullah, Tokoh Perfileman Finas, Deddy M Borhan dan pelakon serta pengarah, A R Badul.
 
Penerbit rancangan itu, Mohd Zamani Ibrahim, berkata, pengacaranya Rosyam Nor akan mencungkil pengalaman pahit manis Deddy ketika dia menjadi penerbit filem sebelum Finas ditubuhkan pada 1975.
 
“Waktu itu kerajaan belum memperkenalkan sebarang insentif terutama dari segi kewangan. Sekarang sejak adanya Finas, banyak kemudahan disediakan.
 
“Bagaimanapun dengan begitu banyak kemudahan ditawarkan kerajaan, ada juga yang baru berlakon dua tiga filem sudah mahu mencuba nasib menukar profesion sebagai penerbit filem menggunakan dana kerajaan.
 
“Tanpa pengetahuan dan pengalaman, akhirnya menjejaskan kualiti filem diterbitkan. Sekaligus memburukkan keadaan industri perfileman sediaa da,” katanya.
 
Badul pula akan ditanya mengenai pengalamannya mengarah filem pada era 80-an dengan sekarang. Bagaimana sukarnya pengarah veteran itu ketika dia mahu menerbitkan filem Tak Ori Tapi Ok.
 
Menurut Zamani, perbincangan itu juga akan menyentuh sampai bila karyawan filem memerlukan bantuan kerajaan.
 
“Barang kali selain wang, kerajaan boleh beri bantuan dari segi pembangunan, teknologi dan prasarana pembikinan filem,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: